Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) – Iklan terkini jawatan kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 2020. Jadilah yang terawal memohon kerja kosong bomba hari ini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:
(i) Mempunyai keterampilan yang baik;
(ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
(iii) Mempunyai bakat kepimpinan;
(iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
(v) Mempunai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
JAWATAN KOSONG BOMBA
1. PENGUASA BOMBA GRED KB41
(JABATAN BOMBA DAN PEYELAMAT MALAYSIA)
IJAZAH (Kumpulan Profesional)
Kekosongan: 40
Simpanan: 40
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan :
i. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diikraf setaraf
dengannya; atau
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
v. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
Mempunyai Syarat-syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari masa ke semasa
Syarat Bahasa Melayu:
– Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tambahan:
– Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan keperluan syarat skim perkhidmatan.
2. PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29
(JABATAN BOMBA DAN PEYELAMAT MALAYSIA)
DIPLOMA (Kumpulan Pelaksana)
Kekosongan: 60
Simpanan: 90
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan :
i. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
Mempunyai Syarat-syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari masa ke semasa
Syarat Bahasa Melayu:
– Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tambahan:
– Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan keperluan syarat skim perkhidmatan.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan adalah secara atas talian (online) di portal SPA di pautan di bawah.
2. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
3. Tarikh tutup untuk permohonan baharu adalah sebelum atau pada 06 Julai 2020 (Isnin) jam 11.59 malam
PAUTAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG BOMBA (JBPM)