
Permohonan
a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web
https://erecruitment.sarawak.gov.my
b) Pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah.
c) Selain itu, semua pemohon juga dikehendaki menghantar SATU SALINAN DOKUMEN (HARDCOPY) seperti berikut:-
i. Salinan Resume berserta Cover Letter;
ii. Sekeping gambar berukuran passport;
iii. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
iv. Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan;
v. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan; dan
vi. Salinan Sijil-sijil lain dan dokumen berkaitan yang telah disahkan.
Permohon hanya dibenarkan mengemukakkan satu (1) permohonan sahaja. Salinan dokumen tersebut hendaklah DIHANTAR kepada:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
WISMA SULTAN TENGAH, JALAN SUKMA
PETRA JAYA, 93050 KUCHING,
SARAWAK
Sila pastikan NAMA JAWATAN YANG DIMOHON, diikuti di dalam kurungan NAMA PEMOHON
ditulis di sebelah sudut kanan sampul surat.
(Contoh:Pegawai Tadbir N9 (Wan Umar bin Wan Mohd)).
Sumber
Iklan jawatan kosong Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi HDC Sarawak di https://hdc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/109 DAN laman media sosial Facebook Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak di https://www.facebook.com/hdcsarawak sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
