Jawatan Kosong Polis Bantuan PETRONAS 2022 – Iklan kerjaya terkini tawaran jawatan kosong Polis Bantuan PETRONAS kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon kerja kosong Polis Bantuan PETRONAS hari ini.
Berita hebat kepada pencari kerja! Temui potensi sebenar anda dan bina kerjaya anda sebagai Polis Bantuan dengan PETRONAS.
Dalam usaha PETRONAS untuk mencapai kecemerlangan perniagaan, PETRONAS terus berusaha untuk menjaga keselamatan untuk melindungi aset dalam memastikan operasi harian yang lancar.
JAWATAN: POLIS BANTUAN (AUXILIARY POLICE)
LOKASI: Menara Dayabumi, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50050, MY
KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT
- Warganegara Malaysia
- Tahap kesihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal
- Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
- Berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak lebih daripada 27 tahun pada tarikh iklan ditutup
- Kelayakan minima lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia
- Mempunyai ukuran fizikal dan keupayaan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi (tidak bersepatu) – sekurang-kurangnya 170 sm bagi lelaki (L) atau 160 sm bagi wanita (W)
- Berat Badan – sekurang-kurangnya 54 kg bagi (L) atau 46 kg bagi (W)
- Ukurlilit Dada – sekurang-kurangnya 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas penuh bagi (L) sahaja
- BMI 20 – 29
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa mengunakan cermin mata atau kanta lekap dan tidak buta warna
CIRI-CIRI YANG DIKEHENDAKI
- Prihatin terhadap ketenteraman, kualiti dan keselamatan.
- Semangat kerja berpasukan dan patuh kepada peraturan dan arahan
- Boleh melaksanaan tugas dibawah pengawasan minima
- Berkeyakinan diri dan boleh berinteraksi dengan jelas
- Boleh memimpin dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi situasi cemas
Sekiranya anda berminat dan menepati kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan di atas, sila buat permohonan secara online DI SINI dan sertakan dokumen berikut:
- Resume
- Salinan Kad pengenalan (salinan)
- Sijil Keputusan SPM (salinan)
Tarikh tutup permohonan pada 10 Julai 2022
Calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Saya minat sangat dengan kerja polis ni..