Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Jawatan Kosong Terkini Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) – Kerja kosong di ANGKASA 2018. Permohonan jawatan kosong Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) kini dibuka.

Maklumat iklan penawaran jawatan perkhidmatan awam adalah seperti tajuk di atas. Sumber penjawatan ini adalah daripada pengiklanan asal majikan yang berkenaan. Laman Mohon.Co berkongsi data jawatan kosong terkini bertujuan untuk memudahkan pelawat laman web ini untuk mendapatkan maklumat permohonan. Sila baca terlebih dahulu dengan teliti senarai jawatan yang ditawarkan, syarat kemasukan, jadual gaji (jika dinyatakan) dan cara permohonan yang dikongsikan.

Info Majikan: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Lokasi Kerja: Pelbagai Negeri
Tarikh tutup: 18 November 2018 (Ahad)

Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini mempelawa pemohon daripada kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dalam bidang tawaran untuk memohon jawatan kosong di Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).


Agensi ANGKASA kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

(i) Mempunyai keterampilan yang baik;
(ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
(iii) Mempunyai bakat kepimpinan;
(iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang: dan
(v) Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Berikut jawatan kosong terkini ANGKASA sesi tahun 2018 yang ditawarkan:

  1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
    – 1 kekosongan
    – 1 simpanan
    – Bidang keutamaan: Kejuruteraan Geomatik, Sains Geomatik, Sains Ukur dan Geomatik
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
Q41 RM2,315.00 RM9,618.00 RM225.00
Q43 RM3,602.00 RM10,504.00 RM250.00
Q47 RM5,203.00 RM11,761.00 RM270.00
Q51 RM5,844.00 RM12,441.00 RM290.00
Q53 RM6,174.00 RM13,248.00 RM 320.00

Deskripsi Tugas

  • menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Penting: Sila baca syarat calon yang dikehendaki dengan teliti sebelum meneruskan proses permohonan anda.

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


Jawatan Kosong Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Syarat & Keperluan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan pengambilan seperti berikut:-

Syarat Umum

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kaedah Permohonan

  1. Permohonan adalah secara atas talian online di laman portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di http://spa.gov.my/
  2. Calon calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.
  3. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 18 November 2018 (Ahad) jam 11.59 malam

Laman Rasmi Iklan Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41 ANGKASA


Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia.

Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

PENAFIAN: Laman Mohon.Co TIDAK MEWAKILI dan TIADA KAITAN dengan mana-mana majikan (samada kerajaan atau swasta), organisasi atau syarikat yang diiklankan. Iklan yang dikongsi adalah bersumberkan daripada iklan rasmi, maka setiap pendaftaran dan permohonan hendaklah melalui laman rasmi iklan jawatan kosong terbabit. Harap maklum.

Next Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *