MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Pelbagai Negeri

Ambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2

Admin by Admin
July 11, 2020
in Pelbagai Negeri, Pendidikan
3 min read
0
program ijazah sarjana muda perguruan pismp lepasan spm
Share on FacebookShare on Twitter

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2 Tahun 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

KETERANGAN PROGRAM

Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut:
    i. Bahasa Melayu;
    ii. Sejarah; dan
    iii. Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan. (Lampiran A)

BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS:

Sekolah Kebangsaan (SK)
Bidang
:

  • Bahasa Kadazandusun
  • Reka Bentuk dan Teknologi

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Bidang
:

  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Muzik
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Sains

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Bidang:

  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Muzik
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Matematik
  • Sains

Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SK/ SJKC/ SJKT)
Bidang

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai 2020.
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
  4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru
  5. (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.

  6. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  7. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  8. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PERINGATAN

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah / memanipulasikan maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

12 JULAI 2020 (11.59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR


Sertai Telegram Rasmi
Previous Post

Kolej Komuniti Pekan

Next Post

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
jawatan kosong terkini jabatan perangkaan malaysia dosm

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

jawatan kosong polis bantuan prolintas

Polis Bantuan Lebuhraya (Konstabel) - PROLINTAS Group of Companies

iriichi m sdn bhd

IRIICHI (M) Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan