MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Bantuan Belia 2021 Penjana Kerjaya RM1000

Admin by Admin
May 23, 2021
in Bantuan Kewangan, Jawatan Kosong, Pelbagai Negeri
2 min read
0
bantuan belia penjana kerjaya myfuturejob
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan Belia 2021 Program Perantisan Penjana Kerjaya RM1000 – Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa bermula tarikh pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja yang termasuk dalam kategori golongan belia, iaitu mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan yang diperkenalkan di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 terkini.

Tujuan insentif ini diperkenalkan adalah untuk memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

Berikut kami kongsikan beberapa maklumat penting berkaitan dengan Bantuan Belia Penjana Kerjaya yang perlu anda ketahui dengan lebih lanjut.


APA ITU PENJANA KERJAYA 2.0?

Penjana Kerjaya merupakan satu program yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau juga dikenali sebagai PERKESO bagi membuka peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.

OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training. Perkara ini juga sekaligus meningkatkan lagi mutu kebolehpasaran dan nilai tambah golongan belia.

BANTUAN PERANTISAN

Berikut adalah insentif yang bakal diterima oleh majikan/perantis melalui program ini:

  • Bayaran sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang akan disalurkan adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan yang ditawarkan minimum adalah selama 3 bulan.
  • Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Majikan hanya dibenarkan untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja untuk perantis dengan kos maksimum berjumlah RM4,000.
  • Pekerja juga secara langsung layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/bantuan

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


SYARAT KELAYAKAN

Bagi melayakkan golongan belia agar dapat memasuki Program Penjana Kerjaya 2.0, kriteria serta syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

  • Berstatus sebagai seorang warganegara Malaysia
  • Merupakan belia lepasan sekolah atau graduan yang berusia antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia merupakan seorang yang sedang menganggur dan masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Calon belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun.

SYARAT & KELAYAKAN TAMBAHAN

  • Syarikat hendaklah melakukan pendaftaran dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis melalui portal MyFutureJobs.
  • Setiap belia perantis yang diambil bekerja oleh syarikat di bawah program ini mestilah membuat caruman dengan PERKESO.
  • Majikan secara langsung layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap.

KAEDAH PERMOHONAN

Majikan yang berminat untuk memohon Program Penjana Kerjaya 2.0 boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web PERKESO di pautan berikut: https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/

Manakala kepada golongan belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs melalui pautan di bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bermula pada 1 Januari 2021 dan berakhir pada 30 Jun 2021 (tarikh tutup).

PAUTAN PERMOHONAN PROGRAM PERANTISAN PENJANA KERJAYA DI MYFUTUREJOB


Sertai Telegram Rasmi
Tags: Bantuan BeliaMyFutureJobPenjana KerjayaPerantisPerantisan
Previous Post

Yayasan Felda

Next Post

Amalina Catering & Event

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
jawatan kosong amalina catering and event

Amalina Catering & Event

jawatan kosong berani guard sdn bhd

Berani Guard Sdn Bhd

jawatan kosong terkini universiti kuala lumpur unikl

Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan