MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)

Admin by Admin
March 26, 2022
in Bantuan Kewangan
4 min read
0
bantuan jabatan kebajikan masyarakat sarawak jkms
Share on FacebookShare on Twitter
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) – Senarai penuh Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

PENGENALAN


Perkhidmatan oleh JKMS di bawah bantuan kebajikan disediakan kepada golongan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan sempurna. Skim-skim bantuan kebajikan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan suatu kaedah dalam pengurusan kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambilkira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

KONSEP


Bantuan Kebajikan adalah bersifat sementara dan saraan hidup bagi membantu individu/keluarga yang tidak berkemampuan dan berkeperluan, sehingga mereka dapat dipulihkan untuk hidup bedikari dan/atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.

BENTUK BANTUAN


Berikut adalah senarai jenis-jenis bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKMS:
BANTUAN BULANAN BANTUAN SEKALIGUS
1. BANTUAN AM NEGERI (BA)
  • Individu / keluarga miskin
  • Klien yang tidak sesuai di bawah mana-mana skim bantuan yang lain
  • Kadar RM200.00 – RM300.00 sebulan

2. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (atau jika bersekolah sehingga tamat menengah atas)
  • Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan
  • Kadar RM150.00 – RM1,000.00 sebulan

3. BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup
  • Sebatang kara atau mempunyai keluarga tetapi tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    a. Institusi kendalian JKM
    b. Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

  • Kadar RM500.00 sebulan

4. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM1,500.00 ke bawah (tidak termasuk pendapatan tinggal bersama)
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    c. Institusi kendalian JKM
    d. Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

  • RM450.00 sebulan

5. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor – faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes meragukan
  • Pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen, PERKESO dan lain-lain
  • Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan kerajaan dan NGO
  • Kadar RM300.00 sebulan

6. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR / PESAKIT KRONIK (BPT)
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
  • Kadar RM500.00 sebulan

7. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dan tidak mempunyai ibubapa
  • Kanak-kanak tinggal bersama keluarga ganti
  • Kanak-kanak dan bukan diambil sebagai anak angkat
  • Kanak-kanak melalui perintah mahkamah atau diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
  • Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan
  • Kadar RM250.00 – RM500.00 sebulan

8. BANTUAN BELIA BELIAWANIS (BBB)
  • Belia-beliawanis dari keluarga miskin yang tercicir dari persekolahan dan juga penganggur
  • Belia-beliawanis Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Kadar RM200.00 sebulan
1. BANTUAN SEKOLAH
  • Kanak-kanak di bawah 18 tahun ke bawah
  • Kadar:
    a. Maksimum RM500.00
    b. Kadar sebenar (kemasukan ke IPTA)

2. BANTUAN PENGANGKUTAN JENAZAH
  • Kadar RM100.00

3. BANTUAN KES TERKANDAS / TERDAMPAR
  • Tambang pengangkutan (kadar sebenar)
  • Makan RM5.00 seorang / sehari

4. BANTUAN BEKAS PESAKIT
  • Tambang pengangkutan (kadar sebenar)
  • Elaun menunggu RM5 sehari (maksimum 10 hari)

5. TABUNG BANTUAN SEGERA (TBS)
  • Kes terdampar
  • Bantuan serta merta
  • Bantuan segera melalui aktiviti / program pendampingan sosial
  • Bayaran pertama bagi bantuan bulanan
  • Mangsa bencana kecil
  • Maksimum RM300.00

6. BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS (BSBB)
  • Kematian / hilang upaya kekal
  • Maksimum RM20,000.00

7. BANTUAN ALAT ORTOPEDIK / ALAT SOKONGAN
  • Kadar sebenar

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN


  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM990.00 sebulan bagi Bantuan Negeri manakala Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM1,020.00 bagi Bantuan Persekutuan.
  • Golongan berkeperluan dan tidak berkemampuan.

KRITERIA KELAYAKAN AM / ASAS


  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM990.00 sebulan bagi Bantuan Negeri manakala Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tidak melebihi RM1,020.00 bagi Bantuan Persekutuan.
  3. Golongan berkeperluan dan tidak berkemampuan.

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN


Tempoh Proses Permohonan : 30 hari

CARA PERMOHONAN


1. Sila berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. (Rujuk Sini – Lihat perenggan PKM Bahagian)
2. Permohonan melalui surat dan/atau mengisi JKMNS/1/2010 (pind.1/2014)
Catatan : Kelulusan bantuan adalah tertakluk kepada siasatan dan keadaan sesuatu kes


Sertai Telegram Rasmi
Previous Post

Geran NGO Sarawak 2022

Next Post

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
lembaga zakat negeri kedah lznk

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

kumpulan wang simpanan pekerja kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

majlis perbandaran temerloh mpt

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan