MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Admin by Admin
January 11, 2022
in Bantuan Kewangan, Pelbagai Negeri
3 min read
0
bantuan keluarga malaysia 2022
Share on FacebookShare on Twitter
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 – Cara Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tahun 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM merupakan satu bentuk bantuan secara tunai yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan yang diperuntukkan adalah bersasar iaitu khas kepada rakyat Malaysia dari golongan B40 & M40 yang bertujuan untuk meringankan kos sara hidup mereka.

Berita baik kepada anda, untuk tahun 2022 permohonan terbaru bantuan BKM ini telah pun dibuka. Di bawah adalah maklumat penting berkaitan bantuan ini yang perlu untuk anda ketahui.


JUMLAH / NILAI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022


Jumlah bayaran bantuan BKM yang akan diterima adalah adalah berbeza untuk setiap kategori bantuan, pendapatan dan bilangan anak seperti berikut:

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bil anak 0 – RM1,000
  • Bil anak 1-2 – RM1,500
  • Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  • Bil anak 0 – RM1,000
  • Bil anak 1-2 – RM1,500
  • Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Warga emas bujang / tiada pasangan dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan mendapat RM600.

Bujang dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan mendapat RM350.

bantuan keluarga malaysia

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022


Bagi melayakkan anda menerima bantuan BKM, syarat kelayakan berikut perlu dipenuhi:

1. Isi rumah – Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah.

2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
– Pendapatan isi rumah mestilah bawah RM5,000 ke bawah
– Had umur 60 tahun dan ke atas.

3. Bujang – Ibu/ Bapa tunggal yang tidak mempunyai anak; – Umur 21- 59 tahun – Pendapatan bawah RM2,500 ke bawah

permohonan bkm

CARA MEMOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022



Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memulakan proses permohonan anda:

  1. Sila layari laman rasmi permohonan BKM, laman ini boleh diakses melalui pautan berikut : https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Sekiranya anda pemohon baru, sila klik pada “Permohonan Baharu” untuk daftar permohonan baru atau bagi pemohon sedia ada sila tekan Log Masuk BKM bagi tujuan kemaskini maklumat Permohonan.
  3. Masukkan maklumat MyKad & kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik Kemaskini Permohonan.
  5. Isikan semua maklumat peribadi berkaitan anda seperti yang diminta.
  6. Semak kembali maklumat yang diisi dan sekiranya sudah lengkap sila klik Teruskan.
  7. Isi Kod Captcha pada menu Pengesahan.
  8. Sila tanda atau Tick pada butang Perakuan Pemohon.
  9. Klik butang Hantar.
  10. Jika ingin membuat cetakan, pemohon boleh melakukannya dengan klik pada butang Cetak.

Selesai. Permohonan anda kemudiannya akan disimpan oleh sistem BKM sebelum diproses dan disahkan. Semoga permohonan BKM anda diterima.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022


Proses pembayaran BKM 2022 adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC yang pernah disalurkan sebelum ini:

i. Ada akaun bank:

Berjaya Kredit – Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

ii. Tiada akaun Bank

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022


Buat pengetahuan anda pihak kerajaan telah menetapkan tempoh permohonan & kemaskini maklumat BKM bermula dari 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

SOALAN LAZIM/FAQ BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022

Soalan: Adakah saya perlu membuat permohonan baru BKM?
Jawapan: Permohonan baru perlu dibuat jika maklumat pemohon tiada dalam rekod pangkalan data sedia ada LHDNM, manakala penerima sedai ada yang ada sebarang perubahan maklumat hanya perlu buat kemaskini.

Soalan: Bilakah tarikh pembayaran BKM akan dibuat?
Jawapan: Pembayaran akan dilakukan sebanyak 4 kali setahun. Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Soalan: Bagaimanakah kaedah pembayaran BKM?
Jawapan: Pembayaran akan dilakukan sama seperti kaedah pembayaran BPR 2021 dan BKC sebelum ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Soalan Lazim BKM, sila layari Laman Ini.

PENAFIAN: Segala maklumat di laman Mohon.co terutamanya di halaman ini hanyalah sekadar panduan dan rujukan untuk para pembaca yang melayari di laman web ini sahaja. Pihak Mohon.co tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan Malaysia mahupun pihak yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan daripada sumber rasmi seperti yang dikongsikan.


Sertai Telegram Rasmi
Previous Post

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Next Post

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
kolej universiti islam melaka kuim

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

jawatan kosong putra medical centre pmc

Putra Medical Centre (PMC)

kementerian perumahan dan kerajaan tempatan kpkt

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan