Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 – Info terkini Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 tahun 2021.
Berita baik khususnya kepada rakyat Sarawak, terbaharu pada 28 Mei, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi membantu rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula 29 Mei hingga 11 Jun ini.
Menerusi sidang media Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan pakej bantuan BKSS 6.0 kali ini merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan kerajaan negeri dengan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion. Menurut beliau ia melibatkan sembilan langkah pembayaran tunai dan enam langkah pemberian diskaun.
Secara umumnya, BKSS 6.0 akan memperuntukkan insentif kepada ketua isi rumah, golongan B40, petugas barisan hadapan, petugas media, pengusaha perkhidmatan pengangkutan, peniaga serta pemain industri pelancongan. Antara pemberian diskaun adalah membabitkan bil utiliti, sewa premis perniagaan, pengecualian sewa perumahan dan penyediaan bakul makanan.
Di bawah dikongsikan video ucapan penuh pengumuman Pakej BKSS 6.0 yang boleh anda tonton serta petikan daripada teks ucapan penuh sidang media khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0:
9 LANGKAH PEMBAYARAN TUNAI BKSS 6.0
Langkah 1: Bantuan Tunai BKSS 6.0 untuk Ketua Isi Rumah dan individu Bujang
- Semua Ketua Isi Rumah (KIR) B40 di Sarawak akan disalurkan bayaran tunai RM250 sebulan sepanjang tempoh enam bulan bermula 31 Julai hingga 31 Disember 2021
- Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off).
Senarai penerima bantuan adalah berpandukan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing, manakala kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat tuntutan dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Langkah 2: Elaun Bantuan Bulanan Khas Untuk Barisan Hadapan
Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan kepada petugas barisan hadapan yang menangani pandemik covid-19 di Sarawak:
- Elaun Bulanan Khas sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan kepada Anggota Kesihatan iaitu dikalangan doktor perubatan, Jururawat, kakitangan perubatan yang bertugas di hospital, klinik & pusat kuarantin di seluruh Sarawak.
- Elaun Bulanan Khas sebanyak RM250 kepada kakitangan Imigresen yang bertugas di pos-pos kawalan sempadan seluruh Sarawak
- Elaun Bulanan Khas berjumlah RM200 kepada anggota PDRM & Bilik Gerakan Negeri
- Elaun Bulanan Khas sebanyak RM200 kepada Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteraman rakyat di Sarawak
- Elaun Bulanan Khas kepada Anggota RELA yang bertugas iaitu sebanyak RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM sebanyak RM200
- Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan berjumlah RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi) berjumlah RM200
- Elaun Bulanan Khas Anggota APM (yang membantu PDRM & ATM) sebanyak RM200
Langkah 3: Bayaran Tunai Kepada Pengamal Media
Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan yang bertugas dalam masa yang sama berhadapan risiko pandemik covid-19 di Sarawak.
Langkah 4: Geran Khas BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil melalui SarawakPay
Geran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.
Langkah 5: Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang Yang Berdaftar
Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (SRB) di Sarawak.
Langkah 6: Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas Berdaftar
Bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.
Langkah 7: Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan E-Hailing & Pengajar Sekolah Memandu
Bantuan kewangan ‘one-off’ atau secara sekali bayar berjumlah RM500 akan disalurkan kepada pemandu e-panggilan (e-hailing) dan pengajar sekolah memandu. Pembayaran akan dikreditkan melalui aplikasi Sarawak Pay.
Langkah 8: Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay
Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.
Langkah 9: Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen
RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
6 LANGKAH PEMBERIAN DISKAUN
1. Diskaun Bil Air BKSS 6.0
Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak
2. Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0
Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.
3. Pengecualian Sewa Untuk PKS
Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.
4. Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC
Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.
5. Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT
Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
6. Diskaun 25% Cukai Pintu
Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.
Lain-lain Bantuan BKSS 6.0
Sepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:
- Diskaun 30% Cukai Tanah;
- Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
- Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
- Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;
- Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
- Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
- Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);
- Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
- Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
- Program Go Digital Sarawak; dan
- Latihan Pemasaran Digital.
RUJUKAN: TEKS PENUH BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG BKSS 6.0 TAHUN 2021