Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021 – Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun 2021 RISDA kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) hari ini.
Berita baik kepada warganegara Malaysia, Kerajaan Malaysia memperuntukkan Bantuan Khas yang dinamakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 pekebun kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau lebih dikenali sebagai RISDA. Dana BMT 2021 kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM69.9 juta.
Bantuan BMT ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan oleh kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.
Di bawah dikongsikan maklumat terperinci tentang Bantuan Musim Tengkujuh BMT bagi tahun 2021.
APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)?
Bantuan ini merupakan kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ianya bertujuan untuk memberi manfaat disamping meringankan beban pekebun kecil serta penoreh getah dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah yang sangat terkesan apabila mereka hilang punca pendapatan dan menghadapi penurunan aktiviti akibat bencana musim tengkujuh yang melanda kawasan mereka.
JUMLAH BANTUAN BMT 2021
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.
TARIKH PEMBAYARAN BMT
Bayaran bantuan BMT akan dibuat sebanyak RM300 pada Disember tahun ini dan RM300 lagi pada Januari 2022.
SYARAT KELAYAKAN BMT
Untuk melayakkan anda mendapat bantuan ini, syarat di bawah perlu dipenuhi:
1. Syarat Kelayakan Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. Syarat Kelayakan Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
CARA MEMOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2021
Untuk proses permohonan, anda boleh lakukannya di semua Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
Semakan online boleh dibuat melalui laman web http://bmt.risda.gov.my
Anda perlu mengisi borang permohonan yang disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan seperti berikut:
1. BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK
- Kad pengenalan pemohon dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank
2. BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK
- Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan kad PAT-G
- Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank
HUBUNGI
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022 atau 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.
ATAU
PEJABAT RISDA
BANGUNAN RISDA,
KM 7, JALAN AMPANG,
KARUG BERKUNCI 11067
50990 KUALA LUMPUR.
ATAU rujuk pautan rasmi BMT di laman sesawang RISDA di bawah.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RISDA