MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

iBiaya Perumahan

Admin by Admin
May 2, 2022
in Bantuan Kewangan, Pelbagai Negeri
4 min read
0
ibiaya perumahan
Share on FacebookShare on Twitter
iBiaya Perumahan – Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia.

Anda Ingin Membeli Rumah? Tetapi tiada pendapatan tetap, tiada wang pendahuluan. Skim i-Biaya membantu meningkatkan pemilikan rumah anda yang datang dari kalangan rakyat dari golongan M40, B40.

i-Biaya Perumahan


i-Biaya merupakan satu inisiatif khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjayakan hasrat rakyat yang ingin memiliki rumah sendiri, serta memenuhi matlamat satu keluarga satu rumah.

Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) merupakan salah satu daripada empat komponen Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan antara usaha pihak KPKT dalam menambah dan meningkatkan kadar pemilikan kediaman rumah dalam kalangan rakyat yang memberi tumpuan kepada kumpulan B40 dan M40 yang masih berdepan masalah akses kepada pembiayaan rumah dari institusi kewangan tempatan.

Antara faktor penyumbang kepada isu pembiayaan ialah kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan berikutan rekod kredit yang lemah, tahap risiko yang tinggi dan dokumen yang tidak mencukupi untuk menyokong kemampuan membayar balik pinjaman.

Ia juga merupakan medium yang menyokong penyediaan 500,000 rumah mampu milik seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

ibiaya perumahan

Fungsi i-Biaya


1. Menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.
2. Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah pertama.


3 Skim i-Biaya


Terdapat tiga skim yang akan ditawarkan melalui i-Biaya iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) melalui SJKP Berhad, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Berhad dan Skim Rent-to-Own (RTO) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

i) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)


SJKP adalah untuk membantu pembeli rumah kali pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja gig ekonomi, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.

Golongan ini kebiasaannya tidak mempunyai dokumen biasa untuk mendapatkan pinjaman perumahan seperti tiada slip gaji, berpendapatan rendah, tiada caruman KWSP dan sebagainya.

ii) Skim Rumah Pertamaku (SRP)


SRP pula membantu pembeli rumah kali pertama daripada kumpulan M40 dan B40 memiliki rumah tanpa perlu membayar wang muka dan terbuka kepada individu yang bekerja sendiri atau pekerja yang pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM10,000 untuk pemohon tunggal atau pemohon bersama.

iii) Skim Rent-To-Own (RTO)


Sementara itu, Skim RTO PR1MA akan membuka peluang kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) untuk memiliki rumah melalui skim pemilikan mampu milik berkonsepkan sewa beli untuk semua unit PR1MA sedia ada di seluruh Malaysia.

ibiaya perumahan

Kelayakan


Siapakah yang layak untuk Skim ini? Kelayakan adalah berbeza untuk setiap skim, berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk setiap skim:

SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) SKIM RENT-TO-OWN (RTO)
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami.
  3. Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  4. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan.
  5. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  6. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pembeli rumah pertama.
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
  4. Pemohon individu atau bersama.
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM10,000 untuk pemohon tunggal/pemohon bersama.
  6. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.
  7. Pembiayaan sehingga 110%
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Untuk pembeli rumah pertama atau kedua sahaja.
  3. Pendapatan isi rumah antara RM2,500 sehingga RM15,000 sebulan
  4. Pembiayaan pinjaman 100%
  5. Pemohon berumur 21 tahun sehingga 70 tahun.



Cara Memohon i-Biaya


Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang mengambil bahagian di dalam Skim ini seperti dibawah:-

• Affin Bank
• Affin Islamic Bank
• Alliance Bank
• Alliance IslamicBank
• AmBank (M) Berhad
• AmBank Islamic Berhad
• Bank IslamMalaysia Berhad
• Bank Muamalat Malaysia Berhad
• Bank of China (Malaysia) BHD
• Bank Simpanan Nasional
• CIMB Bank Berhad
• CIMB Islamic Bank Berhad
• Hong Leong Bank Berhad
• Hong Leong Islamic Bank Berhad
• Malayan Banking Berhad
• Maybank Islamic Berhad
• MBSB Bank Berhad
• OCBC Al-Amin Bank Berhad
• OCBC Bank (Malaysia) Berhad
• Public Bank Berhad
• Public Islamic Bank Berhad
• RHB Bank Berhad
• RHB Islamic Bank Berhad
• Standard Chartered Bank (M) Bhd
• Standard Chartered Sadiq Berhad
• United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Ketiga-tiga skim ini boleh dipohon melalui 26 bank terbabit

Video Majlis Pelancaran i-Biaya




Sumber


Maklumat i-Biaya dalam artikel ini adalah dirujuk daripada laman rasmi KPKT di https://hope.kpkt.gov.my/


Sertai Telegram Rasmi
Previous Post

Lembaga Air Sibu (LAS)

Next Post

Polis Bantuan Asian Supply Base Sdn Bhd

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
polis bantuan asian supply base sdn bhd

Polis Bantuan Asian Supply Base Sdn Bhd

kejora development holding sdn bhd kdhsb

Kejora Development Holding Sdn Bhd (KDHSB)

majlis daerah jerantut mdj

Majlis Daerah Jerantut (MDJ)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan