Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) 2019 – Iklan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) sesi 2019. Permohonan Jawatan Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) 2019 bakal dibuka.
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ MATRIKULASI, ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah, Kolej Vokasional (KV) dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019.
Gred-gred pemangkuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PPP | GRED DITAWARKAN |
Guru Cemerlang Sekolah Menengah/KV/ IAB/KM/ELTC |
Gred Khas C, DG54, DG52, DG48, DG44 |
Guru Cemerlang Sekolah Rendah |
Gred DG48, DG44, DG38, DG34 & DG32 |
Pensyarah IPG | Gred Khas C, DG54, DG52 & DG48 |
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti berikut:
SYARAT-SYARAT UMUM
i. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;
iii. Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 80% bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;
iv. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
v. Telah mengemukakan pengisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 15.03.2019);
vi. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
vii. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi tabung pendidikan;
viii. Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan
ix. Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).
SYARAT-SYARAT KHUSUS
Syarat-syarat khusus permohonan urusan pemangkuan bagi Guru/ Pensyarah Cemerlang adalah seperti berikut:
i. Lampiran A1-PPP (Bukan Siswazah) Sekolah Rendah;
i. Lampiran A2 PPP (Siswazah) Sekolah Rendah;
ii. Lampiran A3 – PPP (Siswazah) Sekolah Menengah/ KVI IAB/ KM/ ELTC; dan
iv. Lampiran A4 PPP (Siswazah) IPG.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
BORANG PERMOHONAN
Semua calon mesti melengkapkan borang permohonan dalam format MsS Excel yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.moe.gov.my dan ePangkat.moe.gov.my seperti berikut:
i. Bagi calon Guru Cemerlang sekolah, KV, IAB, KM dan ELTC: Borang Permohonan GCPC Tahun 2019 (Borang GCPC) dan
ii. Bagi calon Pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru: Borang Permohonan PC IPG Tahun 2019 (Borang PCIPG
Dokumen Permohonan mestilah lengkap sebelum diserahkan kepada Ketua Jabatan bersama-sama dengan softcopy borang permohonan (MS Excel). Sila rujuk Lampiran B1: Panduan Penyediaan Dokumen Permohonan GCPC Tahun 2019 (Tindakan Pemohon)
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan softcopy dokumen melalui emel kepada Urus Setia Penilaian GCPC 2019 mengikut tatacara seperti
dalam Lampiran B2: Panduan Permohonan GCPC Tahun 2019 (Tindakan Ketua Jabatan)
i. Borang Permohonan (MS Excel);
ii. Lampiran C (PDF) – Kenyataan, Perakuan dan Pengesahan Ketua Jabatan ke alamat seperti berikut:
(a) bagi calon Guru Cemerlang sekolah, KV, IAB, KM dan ELTC; [email protected] atau
(b) bagi calon Pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru; [email protected]
Ketua Jabatan perlu menyimpan Dokumen Permohonan (Lampiran B1) calon yang lengkap dan Lampiran C untuk dikemukakan kepada Nazir Penilai bagi tujuan penilaian SEKIRANYA calon disenarai pendek.
Borang permohonan (MS Excel) yang tidak, lengkap, mengandungi maklumat yang tidak tepat dan/atau calon tidak diperaku oleh Ketua Jabatan, tidak akan dipertimbangkan bagi tujuan penilaian.
Calon yang layak akan dihubungi oleh panel penilai bagi menetapkan tarikh penilaian. Semasa penilaian, calon diminta mengemukakan dokumen sokongan dan menyediakan bahan pembentangan untuk dibentangkan kepada panel penilai. Format bahan pembentangan adalah seperti dalam Lampiran B3: Format Penyediaan Bahan Pembentangan Calon.
Calon juga boleh dicadangkan oleh Ketua Jabatan TERTAKLUK memenuhi syarat dan kriteria kenaikan pangkat Guru Cemeriang Pensyarah Cemerlang serta garis panduan dan tempoh permohonan yang telah ditetapkan.
Calon yang telah memohon pada tahun 2018 tetapi belum mendapat keputusan pemangkuan BOLEH mengemukakan permohonan pada tahun ini.
Tarikh tutup permohonan ialah pada Ahad, 31 Mac 2019, jan 5.30 petang.
Penilaian dijadualkan pada bulan April hingga Ogos 2019 (tertakluk kepada perubahan). Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya sahaja akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Bagi PPP yang mengisi jawatan kader Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya calon dari Maktab Tentera Diraja, Sekolah Dalam Hospital dan Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney SAHAJA yang layak mengemukakan permohonan.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah mulai sehari selepas tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) Bil. 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang disiasat dalam prosiding tatatertib/telah dikenakan tindakan tatatib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan/kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperoleh dan kes telah selesai
Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat permohonan calon adalah lengkap, betul dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemas kini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem ePangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut. Sila pastikan maklumat perkhidmatan di dalam Sistem ePangkat adalah SAMA seperti yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan Borang Permohonan calon. Kesilapan yang berlaku akibat kegagalan menyemak dan meneliti sebelum memperaku permohonan calon yang benar-benar layak akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan.
PAUTAN IKLAN PERMOHONAN GURU CEMERLANG & PENSYARAH CEMERLANG (GCPC) 2019