Jawatan Kosong ATM

Jawatan Kosong ATM

PENGAMBILAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2025

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) atau skim Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI).

Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) terpilih akan menjalani latihan di:
1. Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan.
2. Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak.
3. Kolej Tentera Udara – Sekolah Latihan Pegawai (KTU-SLP), Alor Setar, Kedah.

Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) akan dilantik ke dalam Kor Kesihatan Diraja sebagai:
1. Pegawai Perubatan.
2. Pegawai Pergigian.
3. Pegawai Farmasi.

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan berikut:
https://jmt.mod.gov.my/index.php

Tarikh Permohonan bermula 1 November 2024 hingga 28 Februari 2025.

Jadilah sebahagian dari Angkatan Masa Hadapan ATM!

Sumber

Iklan jawatan kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman Facebook Cawangan Tenaga Kerja -TKC di https://facebook.com/cawangantenagakerjac/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.