Cara Memohon
(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau dari pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/1oYyLCD_VG5KnjJ1UdrKZMe47VdnGSfCu/view?usp=sharing.
(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.
(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005)
(d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan hendaklah diakui sah oleh PEGAWAI GRED 9 KE ATAS SAHAJA bagi dokumen-dokumen berikut:
i) Kad Pengenalan
ii) Sijil Kelahiran
iii) Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR/PT3/SPM/SVM/STPM/STAM)
iv) Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
v) Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)
(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
NOTA / CATATAN AM
(a) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih daripada satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.
(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
(e) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.
Sumber
Iklan jawatan kosong Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman Facebook rasmi KYPJ di https://facebook.com/kypjofficial/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
