Permohonan
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin. 7/91 yang boleh didapati di Pentadbiran LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN atau dimuat turun di Google Drive https://drive.google.com/drive/folders/1LiL6aCg9rAeUfrJRTAOb9wiQZuUb7MXE?usp=sharing
b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Sijil Pelajaran, Curriculum Vitae (CV) dan lain-lain dokumen berkaitan yang diakui sah serta gambar berukuran pasport (berwarna). Bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir ibu/bapa yang diakui sah yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan.
c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama dengan dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini, bertaip beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini (2024).
d) Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :
Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
g) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 September 2025
Sumber
Iklan jawatan kosong Lembaga Muzium Negeri Sembilam (LMNS) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman media sosial Facebook LMNS di https://www.facebook.com/MuziumNegeriSembilan/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
