Permohonan
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Lembaga Pembangunan Tioman, LPT/BKP/PK-01/B01 yang boleh didapati dengan muat turun melalui pautan berikut:
– Pautan rasmi: https://tioman.gov.my/wp-content/uploads/2022/09/BORANG-PERMOHONAN-JAWATAN-TDA-1.pdf
– Pautan sandaran (backup): https://drive.google.com/file/d/1kejbLek2O4p6YVveys27y5aHFNgBs267/view?usp=sharing
Permohonan hendaklah disertakan bersama resume, dengan Salinan sijil berhenti sekolah atau Salinan Keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain sijil berkaitan dan semua Salinan perlu diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan.
Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terkini.
Permohonan yang lewat diterima, borang permohanan tidak lengkap serta tidak mengikut syarat akan ditolak. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Alamat seperti berikut:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN
NO. 1, JALAN BESAR TG. GEMOK 1
TELUK GADING
26820 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum: 08 SEPTEMBER 2025
Sumber
Iklan jawatan kosong Lembaga Pembangunan Tioman (LPT) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi LPT di https://tioman.gov.my/ DAN laman media sosial Facebook Glory Tioman di https://www.facebook.com/GloryTioman/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
