Jawatan Kosong MARA

Permohonan

1. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan.

2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA seperti berikut :

Alamat Laman Web : https://apps.mara.gov.my/vacancy/
Tarikh Buka : 04 Ogos 2025 (Isnin)
Tarikh Tutup : 15 Ogos 2025 (Jumaat)
(Sebelum jam 11:59 malam)

3. Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

4. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

Sumber

Iklan jawatan kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi MARA di https://apps.mara.gov.my/vacancy/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.