
Permohonan
Permohonan adalah secara atas talian melalui laman web rasmi MBIP di https://jawatan.mbip.gov.my
Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil. 18 di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir hendaklah dibawa semasa menghadiri temuduga.
Sumber
Iklan jawatan kosong Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman media sosial Facebook rasmi MBIP di https://facebook.com/mbipcitycouncil/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
