Jawatan Kosong MBP

Jawatan Kosong MBP

Permohonan

i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati melalui kod QR (rujuk gambar di atas) ATAU melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1xxJyQDYBchJn7rxrsDs85k5QSwfkpsRd/view?usp=sharing

ii. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a. Resume;
b. Salinan kad pengenalan/MyKad;
c. Salinan Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa;
d. Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
e. Salinan sijil-sijil persekolahan/akademik; (seperti: SRP/PMR/PT3/SPM/SPMV/STP/STPM/STAM/Diploma/Ijazah)
f. Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan;
g. Salinan Surat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA.

iii. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA SEKRETARIAT
MAJLIS BIODIVERSITI PAHANG
TINGKAT 3, BLOK B, WISMA SRI PAHANG
25503, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
(u.p.: Unit Pentadbiran dan Kewangan)

v. Permohonan yang tidak lengkap/lewat TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

vi. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 APRIL 2025 (ISNIN).

Sumber

Iklan jawatan kosong Majlis Biodiversiti Pahang (MBP) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sosial Facebook rasmi MBP di https://facebook.com/people/Majlis-Biodiversiti-Pahang/100086409940582/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.