Permohonan
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang asal MDM yang boleh dicetak dan dimuat turun daripada:
– Pautan rasmi: https://mersing.gov.my/wp-content/uploads/2020/01/BORANG-PERMOHONAN-JAWATAN-KOSONG-2025.pdf
– Pautan sandaran (backup): https://drive.google.com/file/d/1gtiutayQIDW3vvYjiDsOhT4Bnnh0Uurd/view?usp=sharing
2. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
2.1 Salinan Kad Pengenalan;
2.2 Salinan Sijil Kelahiran;
2.3 Salinan Sijil-Sijil Persekolahan /Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
2.4 Salinan kelulusan akademik (Sijil/Diploma/ljazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
2.5 Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Sijil/Diploma/ljazah sebenar masih belum diterima);
2.6 Satu (1) keping gambar berukuran pasport terkini; dan
2.7 Sijil-sijil sokongan yang berkaitan (jika ada).
3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini mengikut peraturan 18 Bab A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012.
4. Calon bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA5 hendaklah menyediakan video resume berdurasi tidak lebih dari 3 minit dan video resume hendaklah bersifat yang unik dan kreatif. Semua video resume hendaklah dihantar melalui e-mel di [email protected], dalam bentuk/format Dropbox, Google Drive dan We Transfer.
5. PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
5.1 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.
5.2 Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti di dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.
5.3 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga.
5.4 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
5.5 Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
5.6 Semua salinan dokumen hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Professional/Penghulu/Ketua Kampung/Wakil Rakyat.
6. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH MERSING
NO. 1, JALAN TUN DR ISMAIL
86800 MERSING, JOHOR DARUL TA’ZIM
(u.p.: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)
Sumber
Iklan jawatan kosong Majlis Daerah Mersing (MDM) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi MDM di https://mersing.gov.my/iklan-jawatan-kosong/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
