Jawatan Kosong MDKP

Permohonan

1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN MDKP yang diperolehi secara PERCUMA di Kaunter Pertanyaan, Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat mulai dari tarikh jawatan diiklankan iaitu 15 DISEMBER 2025.

2. Borang juga boleh dimuatturun daripada pautan beriku:

– Laman web rasmi MDKP di https://mdkp.gov.my/wp-content/uploads/2025/10/Borang-Jawatan-Kosong-1.pdf

– Pautan sandaran (backup): https://drive.google.com/file/d/1-2mbglLNjyLOjYFeCoD5voviLlffUtWw/view?usp=sharing

Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini disertakan bersama seperti di jelaskan di dalam PU (A)176/2005.

3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan setaraf dengannya beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH TUTUP IKLAN: 16 JANUARI 2026

4. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:-

i. Satu Salinan MyKad / Kad Pengenalan diri;
ii. Satu Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak;
iii. Satu Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
iv. Satu Salinan Diploma/STPM/STAM atau setaraf
v. Satu Salinan SPM/SPVM/SVM atau setaraf
vi. Satu Salinan Sijil Berhenti Sekolah
vii. Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport;
viii. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)* bagi tiga (3) tahun
ix. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan – LAMPIRAN A* yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan
x. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

Sumber

Iklan jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi MDKP di https://mdkp.gov.my/jawatan-kosong-penolong-pegawai-kesihatan-persekitaran-gred-u5-2/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.