
Permohonan
✔️ Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2025.
✔️ Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :
21 Mei 2025 hingga 05 Jun 2025
✔️ Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.
✔️ Permohonan secara atas talian melalui portal rasmi PDRM: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my
✔️ Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang ‘Log Masuk’;
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik ‘Permohonan Baru’;
5. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang ‘Hantar Borang’.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Sumber
Iklan jawatan kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sosial Facebook Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia di https://www.facebook.com/Unitpengambilan sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
