Jawatan Kosong PPAP

Permohonan

1) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

– Pautan rasmi: https://pahanglibrary.gov.my/iklan-jawatan-kosong/

– Pautan sandaran (backup): https://drive.google.com/file/d/1rVQQDZjKSRfLvOpEIdmb57sd0Cwv2ig3/view?usp=sharing

2) Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon;

3) Permohonan hendaklah disertakan bersama resume, sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Kelahiran, Sijil SPM, Diploma, Ijazah dan lain-lain sijil yang berkaitan (setiap salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau penghulu Mukim atau Guru Besar/ Pengetua).

4) Permohonan yang lewat diterima, tanpa resume, tanpa gambar dan tanpa dokumen-dokumen lengkap serta tidak mengikuti syarat/peraturan akan DITOLAK ;

5) Permohonan secara serahan tangan atau melalui pos boleh dihantar ke alamat seperti berikut :

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Kemunting
25100 Kuantan.
(U.P : Bahagian Khidmat Pengurusan)

Sumber

Iklan jawatan kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi PPAP di https://pahanglibrary.gov.my/iklan-jawatan-kosong/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.