Jawatan Kosong PPD Sibu

jawatan kosong ppd sibu

Permohonan

a) Pemohon Guru Ganti MySTEP secara rasmi bersama borang permohonan, resume yang terkini dan lengkap serta sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan salinan kelayakan akademik hendaklah dikemukakan melalui kaunter SMK Bukit Assek dan sesalinan di e-mel kepada [email protected] dengan tajuk e-mel PERMOHONAN MYSTEP GURU GANTI.

b) Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/10vh34eBfZsSlW6JKYg3F1hPOsU6PTKpp/view?usp=sharing

c) Tarikh tutup permohonan : 7 September 2025 (Ahad), jam 5 petang.

d) Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga dari masa ke semasa bagi tahun 2025.

e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Sumber

Iklan jawatan kosong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sosial Facebook SMK BUKIT ASSEK SIBU di https://facebook.com/bukitassek3107/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.