Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang PSJ-01.
2. Sila imbas QR CODE di Iklan Jawatan Kosong di atas untuk borang permohonan atau anda boleh klik link di bawah ini:
https://drive.google.com/file/d/1MYZF3ERsN-fnJJxNUlbE1tqMxApySCmX/view?usp=sharing
3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :
✔️ Salinan Sijil Kelahiran
✔️ Salinan Kad Pengenalan
✔️ Salinan Sijil Kelulusan Persekolahan/Akademik
✔️ Sijil Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
✔️ Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan Pembantu Khidmat AM Sahaja) Lain-lain Sijil/ Dokumen Sokongan
4. Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis menggunakan pen hitam dan tulisan tangan pemohon dengan jelas dan terang dengan Huruf Besar.
5. Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B, Penghulu, Pegawai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
6. Permohonan bagi Pegawai/Anggota Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan perintah AM Bab A21 dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi.
7. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :
PENGURUS BESAR
PERBADANAN STADIUM JOHOR
ARAS 1, STADIUM OLAHRAGA
JALAN JUARA 2, JOHOR SPORTS HUB
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM ATAU PADA: 9 APRIL 2025
Sumber
Iklan jawatan kosong Perbadanan Stadium Johor (PSJ) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sosial Facebook rasmi PSJ di https://facebook.com/PerbadananStadiumJohor/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
