Permohonan
a) Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), salinan MyKad, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 ke atas)/Pengetua/Guru besar/Penghulu sahaja;
b) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
c) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PTGS/BKP-2025 yang boleh diperolehi melalui laman sesawang https://ptg.selangor.gov.my/ dan sila kemukakan permohonan ke alamat berikut;
PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR TINGKAT 4,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40576 SHAH ALAM
(u/p: Unit Perkhidmatan/Perjawatan)
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 09 JUN 2025.
Sumber
Iklan jawatan kosong Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) yang dipaparkan di laman ini juga boleh dirujuk dengan melayari laman sesawang rasmi MPK di https://ptg.selangor.gov.my/index.php/announcements/view/81 sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
