Jawatan Kosong Terkini Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) – Iklan kerja kosong KBS 2018. Permohonan jawatan kosong Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) kini dibuka.
Maklumat iklan penawaran kekosongan penjawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah seperti tajuk di atas. Info penjawatan ini adalah daripada sumber pengiklanan asal majikan yang berkenaan. Laman Mohon.Co berkongsi data jawatan kosong terkini untuk memudahkan pelawat laman web ini untuk mendapatkan maklumat permohonan. Sila baca terlebih dahulu dengan teliti senarai jawatan yang ditawarkan, syarat kemasukan, jadual gaji (jika dinyatakan) dan cara memohon yang dikongsikan.
Info Majikan: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)
Lokasi Kerja: Seluruh Negeri
Tarikh tutup: 22 November 2018 (Khamis)
KKR sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut: (i) Mempunyai keterampilan yang baik; (i) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (ii) Mempunyai bakat kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri – ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan / profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Berikut jawatan kosong terkini KBS sesi 2018 yang ditawarkan:
DIPLOMA/STPM/STAM (Kumpulan Pelaksana)
- Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
5 kekosongan
5 simpanan
GAJI MINIMUM: RM1,493.00
GAJI MAKSIMUM: RM5,672.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM 145.00
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu Pegawai Kesateria merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad, pasukan pancaragam/muzik dan menguatkuasakan disiplin pelatih-pelatih di Institut Kemahiran Belia Negara.
Penting: Sila baca syarat calon yang dikehendaki dengan teliti sebelum meneruskan proses permohonan anda.
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
Syarat & Keperluan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan pengambilan seperti berikut:-
Syarat Umum
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantikan:
(c) mempunyai syarat akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau - bekas inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau - diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera malaysia atau Polis Diraja Malaysia.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95); dan
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang kurang 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
dan - diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(i) atau (ii) atau (iv) di atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesatria adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Kaedah Permohonan
- Permohonan adalah secara atas talian online di laman portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di http://spa.gov.my/
- Calon calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.
- Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 22 November 2018 (Khamis) jam 11.59 malam
Laman Rasmi Iklan Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)