Jawatan Kosong Terkini Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) – Iklan kerja kosong FINAS. Permohonan jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini dibuka.
Maklumat iklan penawaran kerjaya ini adalah seperti tajuk di atas. Sumber penjawatan ini adalah daripada pengiklanan asal majikan yang berkenaan. Laman Mohon.Co berkongsi data jawatan kosong terkini bertujuan untuk memudahkan pelawat laman web ini untuk mendapatkan maklumat permohonan. Sila baca terlebih dahulu dengan teliti senarai jawatan yang ditawarkan, syarat kemasukan, jadual gaji (jika dinyatakan) dan cara permohonan yang dikongsikan.
Info Majikan: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Lokasi Kerja: Semenanjung, Sarawak
Tarikh tutup: 01 September 2025 (Isnin)
Pemohon jawatan adalah ditawarkan daripada kalangan warganegara Malaysia (lelaki/perempuan) yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Keutamaan kepada individu yang berintegriti, komited, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, berpengalaman, berkemahiran serta berminat dalam bidang perfileman untuk memohon jawatan kosong di FINAS.
Berikut senarai jawatan kosong terkini (tetap) yang ditawarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi sesi tahun 2025:
1. Penerbit Rancangan Gred B5
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP5
3. Jurufotografi Gred B1
4. Pembantukhidmat Am Gred H1
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Penting: Sila baca syarat calon yang dikehendaki dengan teliti sebelum meneruskan proses permohonan anda.
JAWATAN KOSONG TERKINI FINAS
SYARAT & KEPERLUAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan pengambilan seperti berikut:-
Syarat Umum
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur melebihi 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat-syarat terperinci bagi setiap jawatan di atas boleh didapati di laman iklan permohonan online jawatan FINAS yang dikongsikan melalui pautan di bawah.
KAEDAH PERMOHONAN
- Permohonan perlu dilakukan dengan berpandukan arahan dari iklan penjawatan FINAS terkini yang boleh diakses oleh umum secara atas talian (online) sepenuhnya melalui pautan di bawah. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
- Sila pastikan setiap pemohon mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan untuk setiap jawatan yang diiklankan sahaja. Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu.
- Pemohon jawatan kosong yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini dianggap sebagai tidak berjaya.



