MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Pelbagai Negeri

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – Lepasan SPM

Admin by Admin
February 25, 2020
in Pelbagai Negeri, Pendidikan
3 min read
0
program ijazah sarjana muda perguruan pismp lepasan spm
Share on FacebookShare on Twitter

PISMP tahun 2020 – Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2020 untuk Lepasan SPM. Permohonan PISMP IPG Online di bawah program guru lepasan SPM kini dibuka.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau juga dikenali dengan ringkasan PISMP, kini telah dibuka untuk permohonan bagi sesi ambilan tahun 2020. Tempoh permohonan bermula pada 24 Februari hingga 31 Mac 2020.

Kepada pelajar lepasan SPM yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, maka peluang PISMP ini adalah untul anda!

TENTANG PISMP

PISMP adalah program perguruan yang ditaja dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi program ini, calon yang berjaya akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama setahun di IPG yang ditetapkan.

Calon yang lulus dalam program ini akan diberi sijil tamat PPISMP dan kemudiannya mendapat tawaran kemasukan ke PISMP selama 4 tahun dengan mod sepenuh masa.


SYARAT KELAYAKAN PISMP 2020

Kriteria kelayakan terbahag kepada 2 kategori iaitu Calon Perdana dan Calon Murid Berkeperluan Khas (MBK). Untuk berjaya dalam permohonan PISMP, calon perlu memenuhi beberapa syarat umum yang telah ditetapkan antaranya:

  • Pemohon hendaklah seorang warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 20 tahun (Calon Perdana) dan 22 tahun (MBK) pada 30 Jun 2020 yakni lahir pada atau selepas 30 Jun 2000 (Calon Perdana) dan 30 Jun 1998 (Calon MBK)
  • Pemohon merupakan seorang yang sihat tubuh badan
  • Pemohon adalah seorang yang aktif dalam kegiatan kokurikulum

Manakala, untuk syarat akademik semua pemohon PISMP hendaklah:

  • Memperolehi pencapaian dengan gred cemerlang (A- / A / A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu & Sejarah
  • Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat untuk setiap bidang pengkhususan – rujuk Syarat Bidang Pengkhususan untuk maklumat lanjut

Kepada lepasan SPM yang ingin memohon dalam bidang Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, dan Pendidikan Jasmani, anda diwajibkan untuk menduduki dan lulus ujian amali.

Namun, bidang-bidang yang ditawarkan tersebut adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Di bawah disenaraikan bidang-bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut sekolah:

Sekolah Kebangsaan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


Sekolah Jenis Kebangsaan

Bagi bidang-bidang pengkhususan PISMP untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) boleh dilihat di laman ini.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN LEPASAN SPM

PPISMP & PISMP. Sebelum layak mengikuti PISMP 2020, pelajar terlebih dahulu perlu memohon kemasukan ke PPISMP yang dijalankan selama 1 tahun atau 2 semester di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh pihak KPM.

Pelajar yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan kemudiannya akan ditawarkan pula untuk mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Kedua-dua program PPISMP dan PISMP ini dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Di bawah disenaraikan kriteria pemohon yang TIDAK LAYAK untuk memohon ke program PISMP 2020:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

ELAUN SARA HIDUP PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

Pelajar yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di institut pendidikan guru (IPG), akan menerima Elaun Sara Hidup sebanyak RM430 sebulan.

Kementerian Pendidikan turut menyediakan perbelanjaan tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun.

CARA MEMOHON KEMASUKAN PISMP

  1. Program PISMP dijalankan khusus untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM berdasarkan bidang-bidang pengkhususan bagi keperluan guru di sekolah rendah di Malaysia.
  2. Untuk sesi kemasukan akademik tahun 2020/2021, pelajar yang berminat untuk memasuki program PISMP perlu membuat permohonan ke IPG melalui pautan permohonan di bawah.
  3. Tempoh permohonan adalah dari 24 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020
  4. Permohonan akan ditapis terlebih dahulu berdasarkan kriteria dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
  5. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

PAUTAN PERMOHONAN PISMP – LEPASAN SPM


Sertai Telegram Rasmi
Tags: Lepasan SPMPISMPPPISMPUKCG
Previous Post

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB)

Next Post

KPJ Puteri Specialist Hospital

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
kpj puteri specialist hospital

KPJ Puteri Specialist Hospital

majlis daerah bachok mdb

Majlis Daerah Bachok (MDB)

kolej universiti tuanku abdul rahman tarc

Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan