Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) – Jom sertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) secara PERCUMA!
Permohonan masih dibuka bagi pengambilan pelatih JANUARI 2020 peringkat pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
INFO PLKPK
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development [email protected]).
BIDANG-BIDANG
Bidang Latihan Kemahiran Pertanian Yang Ditawarkan:
- Tanaman
- Pengeluaran Padi
- Ternakan Ruminan
- Ternakan Poltri
- Akuakultur Marin
- Akuakultur Air Tawar
- Teknologi Perikanan Tangkapan
- Pemprosesan Makanan
- Pemasaran
Insentif dan kemudahan yang disediakan kepada pelatih:
• 14 Pusat Latihan Pertanian di Semenanjung dan Sarawak
• Diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
• Yuran pengajian PERCUMA
• Penginapan asrama dan makan disediakan
• Elaun bulanan sebanyak RM200 – RM300
SYARAT KELAYAKAN
Pemohon perlu memenuhi syarat dan kelayakan sebelum memulakan proses memohon:
• Warganegara Malaysia
• Lulus SPM dan setaraf
• Berumur 18 – 25 tahun
• Sihat tubuh badan
• Belajar sepenuh masa
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
LOKASI LATIHAN
Senarai Institut Latihan Pertanian:
- Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
- Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
- Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
- Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Institut Pertanian Serdang, Selangor
- Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
- Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
- Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
- Institut Veterinar Malaysia, Johor
- Institut Teknologi Unggas, Melaka
- Institut Latihan FAMA, Kelantan
- MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
- Pusat Latihan MARDI, Selangor
- Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak
CARA MEMOHON
- Permohonan adalah secara atas talian
- Sila layari portal rasmi untuk permohonan PLKPK melalui pautan di bawah.
- Permohonan MASIH DIBUKA.
- Pengambilan pelatih baru Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web di pautan berikut :
- Kemasukan Januari:
Portal Rasmi MOA – http://www.moa.gov.my/blkp (dibuka mulai Oktober-Disember) - Kemasukan Julai:
Portal Rasmi MOA – http://www.moa.gov.my/blkp (dibuka mulai April-Jun)
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia – http://www.upu.moe.gov.my (dibuka mulai Januari-Jun)
- Kemasukan Januari:
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
– Dr. Syamsiah (03-88701677)
– Mohd Aizol (03-88701702)
PAUTAN PERMOHONAN PROGRAM PLKPK 2020