MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
  • Rangkaian
    • Info Semasa
    • Biasiswa
    • Buat Duit Online
    • Scholarships
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
  • Rangkaian
    • Info Semasa
    • Biasiswa
    • Buat Duit Online
    • Scholarships
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Bantuan Khas Aidilfitri 2020

Admin by Admin
May 11, 2020
in Bantuan Kewangan
3 min read
1
bantuan khas aidilfitri 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan Khas Aidilfitri 2020 – Info terkini pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2020 berjumlah RM500 kepada penjawat awam.

Kerajaan Malaysia menerusi pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 melaksanakan keputusan untuk pemberian Bantuan Khas Aidilfitri bagi tahun 2020 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak mendapat bantuan ini adalah jawatan di Gred 56 dan ke bawah, dalam masa yang sama masih berkhidmat pada 20 Mei 2020. Bantuan ini juga turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen sebanyak RM250.


PEGAWAI YANG LAYAK

Berikut adalah senarai pegawai awam persekutuan yang layak untuk menerima pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020:

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service (Bagi pegawai di bawah contract for service, surat edaran berasingan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.);
  2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  3. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini juga turut dipanjangkan kepada:

  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK

Berikut dikongsikan senarai Pegawai yang tidak layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020:

  • pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
  • pegawai yang dijatuhkan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020;
  • pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020; dan
  • pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020.

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


PEGAWAI YANG DITANGGUHKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN

Manakala pegawai yang ditangguhkan daripada pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini. Pegawai hanya layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

    PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

    Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

    PESARA

    Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 20 Mei 2020 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM250.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

    PEGAWAI MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

    Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 20 Mei 2020 layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00. Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

    TARIKH PEMBAYARAN

    Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

    TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN

    Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

    SUMBER RUJUKAN

    Muat Turun : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020


    Sertai Telegram Rasmi
  • Previous Post

    BKSS 3.0 – Bantuan Sarawakku Sayang 3.0

    Next Post

    KPJ Batu Pahat Specialist Hospital

    Admin

    Admin

    Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

    Next Post
    kpj batu pahat specialist hospital

    KPJ Batu Pahat Specialist Hospital

    pengeluaran akaun 2 kwsp membina rumah

    Cara Buat Pengeluaran KWSP untuk Membina Rumah

    suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia skmm

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

    Comments 1

    1. Muhammad rafiza bin rosly says:
      3 years ago

      Disini memerlukan bantuan wang

      Reply

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Advertisements


    • About
    • Cookie Policy
    • Disclaimer
    • DMCA
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy
    • V2

    © 2023 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

    No Result
    View All Result
    • Jawatan Kosong
      • Perlis
      • Kedah
      • Pulau Pinang
      • Perak
      • Selangor
      • KL
      • N. Sembilan
      • Melaka
      • Johor
      • Pahang
      • Terengganu
      • Kelantan
      • Sabah
      • Sarawak
    • Pendidikan
    • Bantuan Kewangan
    • Rangkaian
      • Info Semasa
      • Biasiswa
      • Buat Duit Online
      • Scholarships

    © 2023 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

    This website uses cookies. By continuing to use this website you are giving consent to cookies being used. Visit our Privacy and Cookie Policy.