MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Bantuan One-Off Pelajar

Admin by Admin
June 10, 2021
in Bantuan Kewangan, Pendidikan
3 min read
0
bantuan one off pelajar ipt diploma tingkatan 6
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan OneOff Pelajar IPT, Diploma dan Tingkatan 6 – Info terkini Bantuan OneOff Pelajar IPT daripada pakej PRIHATIN Rakyat.

Salah satu bantuan daripada pakej PRIHATIN yang turut disenaraikan seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Mac 2020 lalu ialah Bantuan OneOff Pelajar IPT berjumlah RM200. Pelajar IPT yang layak menerima bantuan ini ialah mereka yang mengambil mod pengajian sepenuh masa yang merangkumi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang berada di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.

Tahukah anda, bantuan Oneoff ini kini bukan sahaja dipercepatkan bahkan skopnya diperluaskan juga kepada pelajar tingkatan enam, Diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (MARA). Maklumat ini berdasarkan kenyataan Media YB Menteri Kewangan pada 11 April 2020.

Melalui perluasan skop bantuan, maka peruntukan yang disediakan ditambah sebanyak RM30 juta iaitu daripada RM270 juta kepada RM300 juta. Penambahan peruntukan terbaru ini dijangka dapat memanfaatkan lebih 1.5 juta pelajar Malaysia! Di bawah adalah jadual kategori pelajar dan anggaran jumlah pelajar yang layak menerima Bantuan One-off.


BAYARAN BANTUAN ONEOFF DIPERCEPATKAN

Seperti yang sedia maklum, selain daripada perluasan skop bantuan, Kementerian yang terlibat turut akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak dimana sebelum ini pembayaran dijadualkan pada bulan Mei, kini bayaran dipercepatkan iaitu pada hujung bulan April 2020. Penambahbaikan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar IPT sepanjang tempoh PKP berjalan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF

Untuk layak menerima Bantuan One-Off, setiap pelajar perlu memenuhi semua kriteria di bawah:

i. Warganegara Malaysia; dan
ii. Masih berstatus aktif sebagai pelajar dalam mod sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia dalam senarai di bawah:

  • Merupakan pelajar Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah seliaan kementerian beriku: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seta kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) .
  • Merupakan Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Sijil Tinggi Agama (STAM), Senior Middle 3, Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asasi (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.
  • Merupakan Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang berdaftar di bawah akta-akta yang berkuat kuasa.
  • Merupakan Pelajar IPT peringkat diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi yang terletak di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA


PERMOHONAN BANTUAN ONE OFF

Sekiranya pelajar memenuhi syarat kelayakan penerima Bantuan One-Off, pelajar diminta untuk menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing untuk menyemak status kelayakan dan mengemaskini dokumen / butiran-butiran dibawah:

i. Salinan kad pengenalan pelajar
ii. Nombor akaun bank milik pelajar dan nama bank
iii. Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempuyai nombor akaun bank); dan
iv. Nombor telefon bimbit / emel

PENYALURAN BANTUAN ONE OFF

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun bank pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing.

Pelajar harus membuka akaun bank atas nama mereka sendiri sekiranya masih belum mempunyai akaun bank. Mana-mana akaun atas nama pelajar yang dibuka dengan bank tempatan adalah diterima, melainkan Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham adalah tidak diizinkan untuk digunakan bagi proses penyaluran bantuan one-off.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN ONE OFF

Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN ONE-OFF

Adalah penting bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini untuk membaca terlebih dahulu Soalan Lazim berkaitan Bantuan One-Off untuk menjawap kemusykilan yang timbul. Sila muat turun Soalan Lazim melalui pautan di bawah.

PAUTAN SOALAN LAZIM BANTUAN ONE OFF DI SINI


Sertai Telegram Rasmi
Previous Post

Pakej PRIHATIN PKS

Next Post

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
bantuan khas sarawak ku sayang bkss

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

bantuan darurat tbs

Bantuan Darurat TBS

permohonan pakej bantuan covid 19 sabah

Bantuan Covid-19 Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan