Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) – Info permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) terkini. Juga ketahui cara rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang di sini.
Pada 23 Mac 2020, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang (BKSS) yang membabitkan jumlah peruntukan bernilai kira-kira RM1.154 bilion.
Pakej bantuan khas ini dilaksanakan dengan tujuan sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah kumpulan B40 hasil daripada kesan penularan COVID-19 ke atas ekonomi dan dalam masa yang sama melindungi kesejahteraan rakyat.
PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)
Untuk layak menerima bayaran bantuan ini, penerima hendaklah berdaftar sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 dan diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Oleh yang demikian, penerima BSH secara automatiknya layak menerima BKSS dan permohonan bagi BKSS tidak lagi diperlukan.
UPDATE TERKINI 28 Mei 2021: BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 6.0
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BKSS
Untuk layak menerima bantuan BKSS, syarat di bawah haruslah dipenuhi:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak
- Permohonan BSH 2020
- Had umur adalah 40 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
PENYALURAN BANTUAN BKSS
Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS kepada rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40 akan disalurkan ke akaun bank masing-masing sebanyak RM250 pada setiap 15 hari bulan untuk enam bulan bermula dari April hingga September 2020.
BACA JUGA: Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0
Dijangkakan seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan berjumlah RM250 sepanjang 6 bulan perlaksanaan bantuan. Manakala kepada lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri berdekatan tempat kediaman penerima melalui dua fasa:
- Fasa pertama membabitkan pembayaran RM750 adalah pada 17 hingga 30 April 2020
- Fasa kedua (RM750) adalah selepas 17 Julai hingga 30 Ogos 2020.
Pendekatan sebegini diambil bagi memastikan bantuan itu dapat disalurkan dengan teratur dan efisien.
BACA JUGA: Bantuan Prihatin Nasional
RAYUAN BANTUAN KHAS SARAWAK KU SAYANG
Kepada mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan BSH, anda boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan bantuan BKSS.
Berikut senarai kriteria & syarat kelayakan untuk rayuan bantuan yang perlu dipenuhi:
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
- Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Permohonan rayuan hendaklah dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang boleh dimuat turun secara percuma dari laman sesawang rasmi kerajaan Negeri Sarawak di https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan.
TERKINI – Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang yang sama. Pemohon digalakkan untuk membuat rayuan atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung untuk mengurangkan pergerakan orang awam. Semakan keputusan rayuan BKSS boleh dilakukan selepas 15 Jun melalui laman tersebut.
Pemohon digalakkan mengemukakan akaun bank bagi memudahkan proses bayaran bantuan disalurkan.
HUBUNGI
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai bantuan BKSS, anda boleh ajukan dengan menghubungi nombor berikut untuk pertanyaan:
Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]
Saya anak sarawak
Dengan ini saya meminta bantuan ini.
Kerana saya tidak berkerja,dan saya meminta bantuan ini kerana saya memerlukan bantuan ini
untuk meniaga.