Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 – Ketua Menteri Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 “Meringankan Beban Rakyat”.
Kerajaan Sarawak mengumumkan lanjutan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 berjumlah RM405 juta bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat Sarawak berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini yang memberi kesan buruk kepada rakyat selain meringankan beban rakyat yang dilanda bencana banjir.
Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan pelbagai bantuan menerusi empat siri BKSS sebelum ini (iaitu BKSS 1.0, BKSS 2.0, BKSS 3.0 dan BKSS 4.0), yang kesemuanya membabitkan peruntukan lebih RM2.6 bilion.
Seperti bantuan sebelumnya beberapa bantuan dipanjangkan lagi bagi tempoh enam (6) bulan mulai bulan Januari 2021 hingga bulan Jun 2021.
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 kali ini yang diumumkan tersebut mengandungi 11 langkah diambil kerajaan bagi membantu rakyat.
UPDATE TERKINI 28 Mei 2021: BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 6.0
- Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
- Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
- Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.
- Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.
- Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.
- Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.
- Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.
- Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.
- Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.
- Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.
BACA JUGA: Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)
BKSS 5.0 : TEKS UCAPAN PENUH KETUA MENTERI
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Salam Sarawakku Sayang.
Memandang kepada penularan COVID-19 yang sedang melanda negara, dan Sarawak tidak terkecuali daripada kesan buruk yang menimpa rakyat, dan tambahan pula baru-baru ini kita telah menghadapi banjir di beberapa tempat yang telah menjejaskan sedikit sebanyak keadaan di tempat-tempat yang terlibat, Kerajaan Negeri Sarawak telah memutuskan untuk membantu rakyat pada keseluruhannya menerusi beberapa pendekatan penting bagi meringankan beban rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian.
Seperti dahulu beberapa bantuan dipanjangkan lagi bagi tempoh enam (6) bulan mulai Januari 2021 hingga Jun 2021.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
LANGKAH 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK
Pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diberi diskaun 5% hingga 25% ke atas bil elektrik bulanan mulai Januari hingga Jun 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 642,000 isirumah di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.2 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.
JADUAL 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK
Kategori Pengguna |
Diskaun |
Jumlah Subsidi (RM Million) |
Domestik |
25% |
97.1 |
Komersil C1, C2 & C3 |
15% |
53.7 |
Industri I1 & I2 |
10% |
6.1 |
Industri I3 |
5% |
9.3 |
JUMLAH SUBSIDI |
166.2 |
LANGKAH 2: DISKAUN BIL AIR
Pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diberi diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan mulai Januari hingga Jun 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 568,000 isirumah di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM31.5 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.
JADUAL 2: DISKAUN BIL AIR
Kategori Pengguna |
Diskaun |
Jumlah Subsidi (RM Juta) |
Domestik (Isirumah penerima subsidi RM5 sedia ada) |
25% |
14.3 |
Domestik/Komersil |
15% |
6.9 |
Komersil |
15% |
8.8 |
Industri |
10% |
1.5 |
JUMLAH SUBSIDI (RM Juta) |
31.5 |
LANGKAH 3: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI
Diskaun 50% sewa pasar dan gerai untuk 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Keseluruhan diskaun berjumlah RM1.6 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.
LANGKAH 4: PENGECUALIAN BAYARAN PERMIT DAN LESEN PERNIAGAAN
Kerajaan GPS Sarawak akan mengecualikan bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu. Pengecualian bayaran ini akan mengurangkan beban para peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Sarawak. Langkah ini akan melibatkan kos RM8.3 juta kepada Kerajaan GPS Sarawak.
LANGKAH 5: PENGECUALIAN BAYARAN SEWA KEPADA PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) YANG BEROPERASI DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN MILIK BADAN-BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC NEGERI
Kerajaan GPS Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021.
LANGKAH 6: DISKAUN 25% TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU
Diskaun 25% akan diberi kepada taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Januari hingga Jun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada 185,000 premis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak. Keseluruhan kos diskaun ini yang dianggarkan berjumlah RM74.6 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.
LANGKAH 7: DISKAUN 50% SEWA SKIM PERUMAHAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN SARAWAK (HDC)
Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mulai Januari hingga Jun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun ini dianggarkan melebihi RM3.0 juta.
LANGKAH 8: DISKAUN 30% CUKAI TANAH
Diskaun 30% untuk pembayaran cukai tanah bagi tahun 2021 akan memberi manfaat kepada lebih 52,400 tempat kediaman, pusat komersil dan industri, perladangan skala besar dan lain-lain kemudahan awam. Langkah ini akan mengurangkan beban rakyat dan akan melibatkan kos berjumlah RM11.8 juta yang ditanggung oleh Kerajaan GPS Sarawak.
JADUAL 3 : DISKAUN 30% CUKAI TANAH MENGIKUT KATEGORI KEGUNAAN TANAH
Kegunaan Tanah |
Cukai Tanah (RM Juta) |
Pertanian (Skala Besar) |
1.3 |
Komersil |
2.5 |
Industri |
4.0 |
Lain-Lain |
4.0 |
JUMLAH |
11.8 |
LANGKAH 9: PENGECUALIAN PEMBAYARAN LESEN HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN
Pengecualian pembayaran lesen hotel secara one-off atau sekali kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 340 pengusaha hotel dan rumah tumpangan. Ia akan melibatkan kos kepada Kerajaan GPS Sarawak sebanyak RM400,000.
LANGKAH 10: PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM TANAH
Penangguhan pembayaran premium tanah secara one-off atau sekali sahaja bagi tahun 2021 akan memberi manfaat kepada lebih 1,720 pemilik tanah di seluruh Sarawak yang merangkumi tanah pertanian, kediaman, komersil dan industri serta institusi awam dan swasta.
JADUAL 4: PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM TANAH MENGIKUT KATEGORI KEGUNAAN TANAH
Kegunaan Tanah |
Premium Tanah (RM Juta) |
Pertanian (Skala Besar) |
12.5 |
Pertanian (<100 ekar) |
1.5 |
Kediaman |
13.4 |
Komersil |
13.5 |
Industri |
42.5 |
Lain-Lain |
21.6 |
JUMLAH |
105.0 |
LANGKAH 11: PENANGGUHAN PEMBAYARAN SKIM PINJAMAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SPIKS)
Sebagai langkah membantu aliran tunai dan mengurangkan beban kewangan para Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Kerajaan GPS Sarawak akan menangguhkan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) selama 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada 174 peminjam dengan nilai berjumlah RM0.9 juta.
Disebabkan oleh keadaan perniagaan yang tidak menentu yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana, Kerajaan Negeri Sarawak juga memutuskan untuk membantu golongan ini dari sudut bantuan kewangan dan pinjaman yang kita harap dapat membantu mereka meneruskan perniagaan masing-masing.
Kerajaan sedang membuat kajian untuk menentukan kaedah bantuan kewangan dan pinjaman kepada IKS. Kementerian Perniagaan Antarabangsa di bawah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan akan mengeluarkan butiran mengenai bantuan tersebut dalam masa terdekat.
KESIMPULAN
Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan GPS Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat.
Kerajaan Negeri berharap Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 yang berjumlah RM405 ini akan membantu meringankan beban seluruh rakyat Sarawak hingga ke bulan Jun dan kita juga berharap dan berdoa agar dengan adanya vaksin, penularan COVID-19 dapat diatasi selepas Jun 2021.
Sekian. Terima kasih.