Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan Prihatin Nasional

March 27, 2020 2 By Admin

Bantuan Prihatin Nasional – Info berkaitan Bayaran Prihatin Nasional 2020.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, satu pemberian tunai di bawah skim Bantuan Prihatin Nasional disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas dari segi sumber pendapatan.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off dengan peruntukan berjumlah lebih kurang RM10 billion. Peruntukan ini buat pertama kalinya juga akan turut disalurkan kepada rakyat daripada kumpulan M40. Golongan M40 yang dimaksudkan adalah mereka yang bekerja dalam sektor swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua kategori lain yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.


Berikut disenaraikan jumlah bayaran dan peringkat masa pembayaran yang akan dilakukan di bawah Bantuan Prihatin Nasional:

PERTAMA

Bantuan berperingkat berjumlah RM1,600 disediakan kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan mereka sekitar RM4,000 dan ke bawah. Bayaran peringkat pertama RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan bakinya RM600 pada bulan berikutnya iaitu Mei 2020.

KEDUA

Bantuan berjumlah RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar masing-masing pada bulan April 2020 iaitu sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan berikutnya iaitu Mei 2020.

KETIGA

Bantuan berjumlah RM800 kepada kira-kira 3 juta individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran secara berkala iaitu RM500 dibayar pada bulan April 2020 dan baki susulan RM300 dibayar pada bulan Mei 2020.

Keempat: Bantuan berperingkat dengan jumlah RM500 akan disalurkan kepada 400,000 individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran peringkat pertama sebanyak RM250 akan disalurkan pada bulan Aprl 2020, manakala bakinya peringkat kedua sebanyak RM250 akan disalurkan pada bulan Mei 2020.

Baca juga: Program Bantuan Bekalan Makanan B40

KELAYAKAN

Pembayaran BPN akan dikreditkan dalam 2 peringkat atau fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 mengikut syarat dan kelayakan berikut:

Kategori & Pendapatan Bulanan Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,000 ke bawah Bujang RM2,001 hingga RM4,000
Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM1,000 RM800 RM500
Tempoh / Pembayaran April: RM1,000
Mei: RM600
April: RM500
Mei: RM500
April: RM500
Mei: RM300
April: RM250
Mei: RM250
Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
Penerimaan bayaran bantuan Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM

KAEDAH PEMBAYARAN

Kementerian Kewangan telah mewujudkan unit perlaksana (LAKSANA) untuk memastikan pakej sampai kepada golongan sasaran. Pemberian bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH). Manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 & M40 ini dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Kaedah bayaran BPN B40

    1) Ada maklumat akaun โ€“ bayaran adalah secara kredit ke akaun atau

    2) Jika status bayaran adalah gagal kredit โ€“ bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

    3) Tiada akaun โ€“ bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:

    1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan

    2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah

    3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

CARA MEMOHON

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM melalui pautan di bawah.

Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH melalui pautan di bawah.

Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Permohonan dan semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut sahaja:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

PAUTAN RASMI PERMOHONAN BPN LHDN DI SINI