Bantuan Ibu Tunggal Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) – Senarai Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal terkini di bawah Skim Bantuan Ibu Tunggal KPWKM.
Setiap bantuan kewangan adalah ditentukan berdasarkan kepada hasil daripada proses siasatan yang dilakukan menerusi budi bicara dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus yang dilantik oleh pihak KPWKM.
Di bawah disenaraikan skim-skim bantuan kewangan yang telah disediakan oleh Jabatan kepada golongan Ibu Tunggal yang layak dipertimbangkan bantuan daripada KPWKM, sehingga kini terdapat 7 jenis bantuan yang disalurkan iaitu:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
2. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
3. Bantuan Am Persekutuan (BA) bagi WP Kuala Kumpur dan WP Labuan sahaja
4. Bantuan Am Negeri
5. Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
7. Geran Pelancaran (GP)
1. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan agar mereka dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian, dan penjagaan yang sewajarnya.
Selain itu, menerusi bantuan ini juga bertujuan untuk membantu memelihara dalam masa yang sama memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak mereka dengan sempurna.
Kadar bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM100 sebulan seorang, hingga maksimum sebanyak RM450 sebulan kepada ibu tunggal yang menanggung lebih daripada 4 orang kanak-kanak.
Syarat Kelayakan Bantuan BKK:
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak)
- Kanak-kanak berusia tidak melebihi
- Kanak-kanak berusia persekolahan, perlu meneruskan persekolahan
- Kanak-kanak yatim/yatim piatu dan
- Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa / penjaga yang tidak berkemampuan atau putus punca mata pencarian disebabkan uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
Tempoh Penerimaan bantuan: 12 bulan
Baca juga: Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
2. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
Tujuan bantuan ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak agar terus tinggal dalam masyarakat dan tidak dimasukkan ke institusi kebajikan.
Dengan menempatkan kanak-kanak yang tinggal di institusi kebajikan dengan keluarga ganti, kanak-kanak ini akan mendapat perhatian dan kasih sayang daripada sebuah keluarga dan dapat hidup bergaul dengan masyarakat.
Selain itu tujuan bantuan BAP adalah bagi mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dan bantuan yang sewajarnya di dalam kehidupan bersama keluarga ganti serta mengiktiraf peranan dan tanggungjawab keluarga ganti terhadap kanak-kanak bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kadar bantuan yang diberikan adalah minimum RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak, dan maksimum sebanyak RM500 sebulan untuk sekeluarga yang memelihara lebih 2 orang kanak-kanak.
Syarat kelayakan bantuan BAP – Untuk layak menerima bantuan ini, kanak-kanak hendaklah:
- Berusia 18 tahun ke bawah
- Tidak mempunyai ibubapa
- Tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti
- Dijagai oleh keluarga/penjaga yang tiada pertalian darah
- Bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan
- Diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh pihak JKM.
* Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan.
Tempoh Penerimaan bantuan: 12 bulan
3. BANTUAN AM PERSEKUTUAN (BA) BAGI WP KUALA LUMPUR DAN WP LABUAN SAHAJA
Bantuan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan kepada kumpulan sasar yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dalam masa yang sama dapat meringankan kesulitan mereka dari segi kewangan mereka sementara waktu ataupun sehingga suatu tempoh masa mereka dapat berdikari.
Nilai bantuan yang disalurkan dari kadar minimum RM80.00 sebulan untuk seorang atau kadar lain hingga maksimum RM350.00 sebulan bagi keluarga.
Syarat Kelayakan Bantuan
Pemohon yang termasuk dalam kategori di bawah sahaja yang layak mendapat bantuan AM (BA):
- Pendapatan sebulan di bawah paras PGK semasa
- OKU yang memerlukan
- Orang terdampar
- Orang papa
- Kes wanita dan gadis dan sebagainya
- Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan
(faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, usia penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).
Tempoh Penerimaan bantuan: 12 bulan
4. BANTUAN AM NEGERI
Setiap negeri di Malaysia mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah berbeza di antara negeri-negeri kerana setiap bantuan yang disalurkan bergantung kepada dasar dan peruntukan daripada Kerajaan Negeri masing-masing. Kebanyakan bantuan am negeri dipertimbangkan kepada keluarga miskin yang memerlukan.
Tempoh Penerimaan bantuan: 12 bulan
Baca juga: Bantuan Prihatin Nasional
5. BANTUAN LATIHAN APERANTIS (BLA)
Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur atau terdedah kepada masalah sosial agar berpeluang mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Kadar bantuan BLA adalah sebanyak RM200.00 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan Bantuan BLA
Pemohon untuk bantuan ini hendaklah termasuk dalam syarat berikut:
- Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM
- Bekas pelatih institusi JKM
- Kes seliaan akhlak JKM.
Tempoh Penerimaan bantuan: 6 bulan
6. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR/PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)
Bantuan BPT diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar serta mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat. Disamping itu, dengan adanya bantuan ini dapat mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan dan dalam masa yang sama membantu mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
Kadar bantuan untuk penerima BPT adalah sebanyak RM300 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan Bantuan BPT
Untuk melayakkan diri mendapat bantuan ini, pemohon hendaklah memenuhi syarat di bawah:
- Merupakan penjaga yang mempunyai hubungan ahli keluarga OKU / Pesakit Kronik Terlantar
- Menjadi warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
- Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU / Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan dan
- Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
Tempoh Penerimaan bantuan: 12 bulan
7. GERAN PELANCARAN (GP)
Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil. Selain itu, ia juga sebagai galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan daripada Kerajaan.
Syarat Kelayakan Khusus
Bagi melayakkan diri untuk mendapat bantuan geran pelancaran, pemohon hendaklah memenuhi syarat di bawah:
- Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan
- Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan
- Kes-kes seliaan akhlak
Tempoh Penerimaan bantuan: Tiada
KAEDAH PERMOHONAN
Terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual. Bagi permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita:
1. Lakukan permohonan dengan membuat pendaftaran ahli ibu tunggal KPWKM terlebih dahulu.
2. Sila layari pautan di bawah untuk mengakses ke sistem iWanita.
3. Klik pada “Pendaftaran Individu”.
4. Di halaman berikutnya, sila isikan butiran yang diminta dalam ruang yang disediakan.
5. Pilih Modul dengan tanda pada bahagian kotak “Ibu Tunggal”
6. Tandakan pada kotak “Terima syarat-syarat perkhidmatan” dan klik Daftar.
Sila muat turun Panduan Pengguna di halaman yang sama untuk ketahui maklumat terkini pendaftaran serta cara proses pendaftaran.
Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.
PAUTAN PENDAFTARAN IBU TUNGGAL iWANITA KPWKM DI SINI
Bantuan utk ibu tggl mcm mne ye nk mohon …sy ibu tggal ank satu
Saya pun seorang ibu tunggal..mempunyai ank kecil yg berumur 2thn..dan 10 thn.
assalam saya ibu tunggal..mcm mana nk mohon ye
Saya pun ibu tunggal 4 anak
Membuat rayuan Bkss bujang
Mcm mne nk mohon?sy ibu tunggal anak 2 org
Memohon ibu tunggal
Mcm mne nak mohon sy ibu tunggal anak sy ada 3 orang