Bantuan RM600 Kewangan Segera ERP, SIP PERKESO – Tawaran Bantuan Kewangan RM600 untuk Pekerja Cuti Tanpa Gaji Sektor Swasta. Bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan. Bantuan ini khusus diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Sebagai makluman, bantuan ini hanya untuk mereka yang layak sebagai pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta disasarkan kepada seramai 33,000 pekerja yang dijangka akan menerima faedah tersebut.
FAEDAH ERP dan SIP
Bantuan kewangan RM600 dikendalikan oleh Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Program Pengekalan Pekerjaan (ERP). Bantuan ini bertujuan membantu majikan yang terpaksa mengurangkan kos operasi dan meminta pekerja bercuti tanpa gaji. Bantuan kewangan akan disalurkan kepada majikan yang kemudiannya perlu mengkraditkan bayaran terus ke dalam akaun pekerja yang terlibat. Wang tersebut hendaklah dibayar kepada pekerja dalam tempoh 7 hari selepas berjaya diterima daripada pihak Perkeso, majikan yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang.
Menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, pekerja swasta akan dilindungi sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan melalui bantuan kewangan segera (immediate financial assistance). Pekerja yang kehilangan pekerjaan dan berdaftar serta mencarum di bawah SIP akan mendapat 6 faedah seperti berikut:-
1. SIP iaitu Elaun Mencari Pekerjaan yang bermula pada 80% gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun (50%, 40%, 40%, 30% dan 30%)
2. Elaun Bekerja Semula Awal iaitu 25 peratus bagi baki Elaun Mencari Pekerjaan
3. Elauan Pendapatan Berkurangan
4. Elaun Latihan (kadar Rm30 sehari)
5. Fi Latihan (terhad kepada RM6,000)
6. Penempatan Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya
SYARAT MOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) 2020
Program ERP adalah meliputi semua pekerja sektor swasta termasuk sambilan yang telah mendaftar dan melakukan pencaruman melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), dengan gaji bulanan sebanyak RM4,000 dan ke bawah serta telah diberikan notis cuti tanpa gaji bermula pada 1 Mac 2020.
Melalui Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) (ERP), satu bentuk bantuan kewangan sementara telah disediakan iaitu dengan kadar berjumlah RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan. Bantuan Kewangan RM600 ini akan disalurkan khas kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :-
- Semua majikan sektor swasta yang menggaji pekerja termasuk pekerja sambilan dan telah berdaftar serta sedang mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak diliputi dalam Program ERP.
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.
- Tempoh permulaan liputan Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.
BACA JUGA: Bantuan Prihatin Nasional
KADAR BAYARAN & TEMPOH LAYAK
- Kadar bayaran bantuan kewangan yang akan diberikan bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Bermakna, sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, maka bayaran mengikut kadar rata dengan jumlah RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terbabit.
- Sekiranya didapati tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, maka bayaran mengikut kadar rata berjumlah RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terbabit yang memlibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.
- Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.
- Menjadi satu tanggungjawab kepada majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan ini untuk melakukan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja mereka yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO.
- Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk mengkreditkan bayaran bulanan seperti yang telah ditetapkan kepada pekerja, maka akan menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan terbabit.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
KAEDAH PERMOHONAN
Setiap permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian (online) atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Majikan perlu mengemukakan permohonan yang lengkap dengan menggunakan Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) (Muat turun Fail PDF) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar samada melalui emel [email protected] atau melalui online selepas sistem online siap dibangunkan nanti.
Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:
(i) Nama Penuh Pekerja
(ii) Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
(iii) Nama Jawatan (job title)
(iv) Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
(v) Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi
Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.
Tuntutan Faedah SIP atau bantuan ERP boleh dilakukan di mana-mana pejabat PERKESO yang terdekat di seluruh negara atau melalui permohonan dalam talian di laman web PERKESO yang boleh diakses melalui pautan di bawah.
SOALAN LAZIM PERMOHONAN BANTUAN RM600 PERKESO
A) Siapakah yang perlu mengemukakan permohonan?
- Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka
B) Siapakah yang tidak layak memohon ERP?
- Pekerja yang tidak berdaftar dan mencarum dengan SIP, yang bergaji bulanan melebihi RM4,000. Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja sektor awam. Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang.
C) Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan semasa membuat permohonan ERP?
- Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat
- Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.
Soalan lazim yang lengkap berkenaan program ERP boleh dimuat turun dari laman rasmi PERKSESO. Pautan muat turun pantas DI SINI (PDF).
Lain-lain maklumat penting boleh dirujuk seperti berikut :-
- Kenyataan Media Program ERP (Muat Turun Fail PDF)
- Pekeliling Majikan Tatacara Permohonan ERP (Muat Turun Fail PDF)
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan kemaskini berkaitan SIP dan program ERP, anda boleh layari microsite khas ini: https://eiscentre.perkeso.gov.my/?lang=ms.
HUBUNGI
Pertanyaan lanjut mengenai tuntutan boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1-300-22-8000 atau email, [email protected] atau berhubung melalui Facebook Rasmi PERKESO
PAUTAN INFO PERMOHONAN ONLINE BANTUAN KEWANGAN RM600 SIP ERP DI SINI
BAIK untuk semua rakyat Malaysia