i-Lestari KWSP Akaun 2 – Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2.
Berita baik kepada Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda kini dibenarkan untuk membuat pendaftaran untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari menerusi e-mel atau pos bermula pada 1 April 2020. Untuk pendaftaran secara online, ahli KWSP juga boleh melakukannya pada 1 April 2020.
Kemudahan pengeluaran i-Lestari ini diumumkan oleh Kerajaan dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan kadar pengeluaran yang dianggarkan bernilai lebih RM40 billion.
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada:
- kadar maksimum pengeluaran sebanyak RM500 sebulan
- Tempoh pengeluaran maksimum adalah selama 12 bulan, bermula pada April 2020 hingga bulan Mac 2021.
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 dilakukan sekali sebulan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang melanda negara.
Pengeluaran i-Lestari hanya dibenarkan untuk tempoh 12 bulan sahaja kerana ianya keperluan dan impak pandemik COVID-19 ini dijangka akan berakhir selepas tempoh tersebut. Kerajaan Malaysia akan terus memantau perkembangan situasi dan kemaskini dari masa ke semasa.
SYARAT & KELAYAKAN
Pencarum yang layak untuk melakukan pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 ialah:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
- Berusia 55 tahun ke bawah
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
- Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
BACA JUGA: Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam
PENGELUARAN i-LESTARI
1. Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Konsep am Pengeluaran i-Lestari.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
(a) Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
(b) Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)
(c) Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Contoh Situasi:
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
KAEDAH PERMOHONAN
Baru – Permohonan Online
Kemaskini Terkini 14 April 2020: Penambahbaikan pengeluaran i-Lestari telah dilancarkan. 100% dalam talian, tanpa borang, dan tidak perlu ke cawangan, hanya ikuti langkah di bawah:
1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Pilih PERMOHONAN BARU
3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat & Poskod
4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)
5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekat butang SETUJU.
8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.
9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.
Semak Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.
1. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit, dan tekan SEMAK.
3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.
Kaedah Lama: Permohonan secara Emel
1. Permohonan boleh dilakukan mulai 1 April 2020 secara pos dan emel. Ahli boleh memuat turun borang permohonan Pengeluaran i-Lestari dari laman sesawang KWSP. Klik di sini.
- Secara pos/ pos berdaftar ke alamat berikut:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya,
Selangor.Sila buat catatan (UP : iLestari) pada bahagian hadapan sampul surat
- Untuk permohonan secara e-mel kepada [email protected]
2. Permohonan juga boleh dilakukan secara online e-Pengeluaran melalui i-Akaun (Ahli) pada 1 April 2020. Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:
Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) -> Pilih Tab Pengeluaran -> Klik e-Pengeluaran -> Klik Permohonan Baru -> Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi
3. Ahli-ahli KWSP disarankan agar membuat pendaftaran secara dalam talian kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan mengambil masa 3 hari sahaja untuk diproses. Jika ahli melakukan permohonan online, mereka tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
4. Manakala permohonan secara e-mel dan pos berkemungkinan akan memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih teliti dan terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli KWSP. Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)
5. Permohonan perlu dilakukan sekali sahaja dan pembayaran i-Lestari akan disalurkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli.
Maklumat lanjut Pengeluaran i-Lestari boleh rujuk di laman rasmi KWSP di SINI
CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda juga boleh membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah secara online melalui i-Akaun. Dengan mendaftar i-Akaun, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.
Berikut langkah-langkah bagaimana cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:
- Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
- Layari https://www.kwsp.gov.my/, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda
- Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari bermuka 1 April 2020 melalui e-Pengeluaran KWSP.
INISIATIF LAIN KWSP
Pada hujung Februari 2020, Kerajaan Malaysia turut mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP daripada 11% kepada 7%. Kadar pengurangan sebanyak 4% ini akan dilaksanakan berkuatkuasa pada bulan April 2020 hingga hujung tahun 2020.
HUBUNGI
Sekiranya anda ingin dapatkan info terkini atau sebarang pertanyaan lanjut mengenai pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2, anda boleh:
– Layari Portal Rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/
– Ajukan pertanyaan secara email ke [email protected]
– Rujuk Facebook Rasmi KWSP di https://web.facebook.com/KWSPMalaysia/
– Rujuk Twitter Rasmi KWSP di https://twitter.com/KWSPMalaysia
Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat memudahkan anda merancang pengeluaran wang KWSP Akaun 2 anda. Ahli-ahli KWSP dinasihatkan agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja.
Kenapa saya dapat terima duit bpn melalui agro bank,, tapi bila saya mohon pengeluaran lestari,, gagal sebab acc tak aktif,,, mustahil,, acc saya da bini sya sma sebab,,,,, sdangkan acc tersebut dpt terima duit bsh, bpn, dan duit gaji,, masalah betul.