Skim mySalam – Info lengkap cara permohonan, pendaftaran, proses tuntutan serta semakan Skim mySalam.
Kerajaan Malaysia memperkenalkan satu inisiatif skim perlindungan kesihatan nasional yang dinamakan Skim mySalam. Skim ini bertujuan sebagai satu wadah yang menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada lebih 8 juta individu dari kalangan rakyat Malaysia.
Pada awal pelancaran pada 24 Januari 2019, Skim perlindungan mySalam memberi perlindungan takaful khas kepada golongan B40 (isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah) melalui kerjasama awam swasta antara kerajaan persekutuan dan Great Eastern Takaful Bhd, dengan dana permulaan RM2 bilion.
Golongan isi rumah B40 lebih terdedah kepada kejutan kewangan dan kehilangan pendapatan sewaktu menerima rawatan, terutama mereka yang bekerja sendiri atau dibayar gaji harian
Bermula tahun 2020, Skim mySalam diperluaskan kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun. Selain itu kerajaan juga memutuskan bagi memperluas skim ini dengan meningkatkan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.
Menerusi Skim MySalam, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan mendapat manfaat perlindungan untuk 45 jenis penyakit seperti kanser, sakit jantung. Menerusi perbentangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) manfaat ini juga dipanjangkan kepada pesakit yang dikuarantin kerana dijangkiti virus Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang.
Jadi, sekiranya seseorang itu menerima salah satu daripada 45 penyakit tersebut, maka mereka akan mendapat manfaat dari Skim MySalam seperti berikut:
(1) Pertama: Wang tunai (sekali beri) berjumlah RM8000 atau RM4000, bergantung kepada tahap pendapatan mereka.
(2) Kedua: RM50 sehari jika anda dimasukkan ke hospital, untuk maksima 14 hari.
Skim mySalam bukan perlindungan takaful kesihatan dan perubatan yang lazimnya disediakan pengendali takaful berlesen. Wang tuntutan skim ini akan dibayar terus kepada penerima dan bukan hospital atau klinik perubatan.
Seorang pesakit yang disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal di hospital kerajaan, universiti atau tentera di Malaysia boleh menghantarkan laporan perubatan kepada mySalam untuk layak mendapatkan manfaat wang sebanyak RM8,000.
BACA JUGA: Bantuan RM600 PERKESO
SENARAI 45 JENIS PENYAKIT YANG MENDAPAT MANFAAT MYSALAM
1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih | 2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama |
3. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari | 4. Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih |
5. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang | 6. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE) |
7. Meningitis Bakteria | 8. Tumor Otak Benigna |
9. Buta / Hilang Penglihatan Sepenuhnya | 10. Pembedahan Otakl |
11. Kanser | 12. Kardiomiopati Teruk |
13. Anemia Aplasia Kronik | 14. Koma |
15. Ensefalitis/encephalitis | 16. Kegagalan Hati Tahap Akhir |
17. Penyakit Paru-Paru | 18. AIDS Peringkat Teruk |
19. Hepatitis Virus Fulminan | 20. Serangan Jantung |
21. Pembedahan Injap Jantung | 22. HIV Akibat Transfusi Darah |
23. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) | 24. Hilang Pertuturan |
25. Trauma Kepala Utama | 26. Pemindahan Organ Utama/ Sum |
27. Penyakit Neuron Motor | 28. Sklerosis Berbilang |
29. Distrofi Otot | 30. Kelumpuhan / Paraplegia |
31. Penyakit Parkinson | 32. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer |
33. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius | 34. Strok |
35. Pembedahan Aorta | 36. Pelecuran Tahap Ketiga |
37. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila) | 38. Elefantiasis (Penyakit Untut) |
39. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik | 40. Skleroderma Progresif |
41. Poliomielitis | 42. Sindrom Apallic (Keadaan Vegetatif Berterusan) |
43. Penyakit Sistik Medular | 44. Penyakit Terminal (Membawa Maut) |
45. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan |
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
SYARAT PERMOHONAN SKIM mySALAM
- Penerima Bantuan Sara Hidup
– Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
– Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
– Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. - Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup
– Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.
Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula Selasa, 11 Februari hingga 31 Mac ini.
Skim mySalam hanya disediakan kepada penerima yang menerima rawatan di hospital yang telah disebutkan di atas sahaja. Setakat ini skim ini tidak melindungi kesihatan pemohon yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.
BACA JUGA: Bantuan Prihatin Nasional
KAEDAH PENDAFTARAN SKIM MySALAM
Kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini anda tidak perlu lagi mendaftar kerana anda akan didaftarkan secara automatik oleh sistem BSH yang sedia ada.
Bagi anda yang bukan dari kalangan mereka yang menerima BSH (rujuk syarat di atas), maka anda perlu melakukan pendaftaran secara atas talian (online) melalui pautan di bawah.
Di laman pendaftaran, anda boleh terus klik butang pendaftaran daripada tetingkap kecil yang muncul.
Kemudian, sila isi butiran ringkas melalui borang yang disediakan di halaman berikutnya. Isikan nama, nombor kad pengenalan dan salinan IC. Itu sahaja.
PROSES TUNTUTAN SKIM MYSALAM
Langkah di bawah adalah penting untuk anda lakukan dan jadikan panduan agar tidak menghadapi sebarang masalah dari segi tuntutan:
- Layari portal rasmi skim mySALAM melalui pautan pendaftaran yang sama di bawah.
- Log masuk (login) dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
- Klik “Download Form” untuk muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
- Sila serahkan borang tersebut kepada doktor yang merawat anda untuk diisi butiran yang diperlukan dengan lengkap
- Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
- Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
Sekiranya berjaya, wang tuntutan akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH.
Demikian penerangan mengenai skim MySalam, diharapkan anda tidak lepaskan peluang ini. Skim MySalam adalah inesiatif yang baik daripada Kerajaan Malaysia dan akan diteruskan demi kebaikan rakyat kerana banyak manfaat yang boleh didapati daripada skim ini.
Sekiranya anda ada pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut tentang Skim MySalam ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 (Beroperasi 24 jam) atau emel ke [email protected]
PAUTAN PENDAFTARAN & TUNTUTAN SKIM mySALAM DI SINI
Bagaimana nak daftar my salam?
Mysalam terbaik