MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
  • Rangkaian
    • Info Semasa
    • Biasiswa
    • Buat Duit Online
    • Scholarships
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
  • Rangkaian
    • Info Semasa
    • Biasiswa
    • Buat Duit Online
    • Scholarships
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Admin by Admin
April 3, 2020
in Bantuan Kewangan
4 min read
0
senarai bantuan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat prihatin
Share on FacebookShare on Twitter

Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Ramai Rakyat Malaysia termasuk penulis sendiri menantikan pengumuman Pakej PRIHATIN sejak beberapa hari, dan kini boleh dikatakan mampu menarik nafas lega selepas pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang senarai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi mendepani kesan COVID-19 untuk memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Pakej rangsangan ini mempunyai tiga strategi utama iaitu pertama, menangani impak COVID-19; kedua, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat; dan ketiga, menggalakkan pelaburan berkualiti.

Secara umumnya pakej PRIHATIN merangkumi 3 matlamat utama iaitu:

Matlamat 1 – Lindungi Rakyat
Matlamat 2 – Sokongan Perniagaan
Matlamat 3 – Perkukuh Ekonomi

Menerusi pakej ini, Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan sebanyak RM250 bilion dan secara automatik menjadi perbentangan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara!

.

Pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM128 bilion akan disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, sebanyak RM100 bilion pula disalurkan untuk menyokong bidang perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan baki RM2 bilion daripada pakej ini pula adalah untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala lebihan sebanyak RM20 bilion adalah peruntukan seperti diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

MATLAMAT 1 – LINDUNGI RAKYAT

Di bawah merupakan senarai ringkasan bantuan-bantuan yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi:

  1. Tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.
  2. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
  3. Penangguhan bayaran insurans / takaful selama 3 bulan.
  4. Elaun khas doktor / kakitangan perubatan dinaikkan dari RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April.
  5. Elaun khas RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA dibayar mulai 1 April sehingga COVID-19 berakhir.
  6. Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40, M40 dan bujang.
  7. Baki Bantuan Sara Hidup dibayar Julai 2020.
  8. Bantuan RM200 kepada pelajar IPT.
  9. RM25 juta bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal.
  10. Penangguhan bayaran balik PTPTN dan PTPTK dari 3 bulan kepada 6 bulan.
  11. Bayaran RM50 sehari melalui Skim mySalam kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.
  12. Pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli.
  13. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR selama 6 bulan.
  14. Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) selama 6 bulan.
  15. Pengecualian sewa bagi semua premis kerajaan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, dan kedai serbaneka selama 6 bulan.
  16. Diskaun bil elektrik secara berperingkat antara 15% hingga 50% bermula 1 April selama 6 bulan.
  17. Internet percuma kepada semua pelanggan perkidmatan telekomunikasi bermula 1 April sehingga PKP tamat.
  18. Pelaburan RM400 juta untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.
  19. Bantuan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk pekerja kontrak pada April.
  20. Bantuan RM500 kepada pesara kerajaan pada April.
  21. RM1 bilion Dana Jaminan Makanan.
  22. RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  23. Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan.
  24. Program Subsidi Upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dengan jaminan tiada pemberhentian kerja selama tempoh tersebut.
  25. Bayaran RM500 untuk pemandu e-hailing.
  26. Bantuan RM600 untuk pemandu teksi.
  27. Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

.

MATLAMAT 2 – SOKONG PERNIAGAAN

  1. Tambahan RM3 bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Asas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%.
  2. Tambahan RM1 bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.
  3. Tambahan RM500 juta di bawh Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.
  4. Pembiayaan sehingga RM300 ribu untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun bawah skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC).
  5. Kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
  6. Program Khidmat Rundingan Majikan bawah KWSP yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
  7. Mengecualikan pambayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April 2020.
  8. Penangguhan pembayaaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April.
  9. Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.
  10. Moratorium pembayaran pinjaman diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April.
  11. Membantu usahawan B40 di bawah program kewangan sosial dalam bentuk modal permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.
  12. Skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja.

BACA JUGA: Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2

MATLAMAT 3 – PERKUKUH EKONOMI

  • Pelaksanaan projek kecil yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan dengan peruntukan RM2 bilion bagi membantu kontraktor kelas G1 hingga G4.
  • Memastikan pelaksanaan projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara.
  • Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan.
  • Dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
  • Semua Kementerian akan mengkaji semua belanjawan untuk mencari penjimatan agar peruntukan boleh digunapakai menampung langkah menangani wabak virus ini.
  • PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

    Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menyokong pembentangan ini dan daripada hasil dapatan dari MedSOS, netizen menantikan bagaimana perlaksanaan yang akan dilakukan oleh Kerajaan.

    Bagaimana pula dengan anda? Apakah pandangan anda tentang pakej PRIHATIN ini? Adakah anda berpuas hati dengan inisiatif kerajaan dalam meringankan beban rakyat mengharungi musim wabak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Sila kongsikan pendapat anda menerusi ruang komen di bawah.

    Sertai Telegram Rasmi
    Tags: Bantuan Prihatin NasionalBantuan Prihatin NegaraPakej PRIHATINPRE2020
    Previous Post

    Penolong Pegawai Siasatan P29

    Next Post

    Pakej PRIHATIN PKS

    Admin

    Admin

    Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia.

    Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

    PENAFIAN: Laman Mohon.Co TIDAK MEWAKILI dan TIADA KAITAN dengan mana-mana majikan (samada kerajaan atau swasta), organisasi atau syarikat yang diiklankan. Iklan yang dikongsi adalah bersumberkan daripada iklan rasmi, maka setiap pendaftaran dan permohonan hendaklah melalui laman rasmi iklan jawatan kosong terbabit. Harap maklum.

    Next Post
    pakej prihatin pks tambahan

    Pakej PRIHATIN PKS

    bantuan one off pelajar ipt diploma tingkatan 6

    Bantuan One-Off Pelajar

    bantuan khas sarawak ku sayang bkss

    Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    • About
    • Cookie Policy
    • Disclaimer
    • DMCA
    • Jawatan Kosong Seluruh Malaysia & Tarikh Tutup
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy
    • V2

    © 2025 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

    No Result
    View All Result
    • Jawatan Kosong
      • Perlis
      • Kedah
      • Pulau Pinang
      • Perak
      • Selangor
      • KL
      • N. Sembilan
      • Melaka
      • Johor
      • Pahang
      • Terengganu
      • Kelantan
      • Sabah
      • Sarawak
    • Pendidikan
    • Bantuan Kewangan
    • Rangkaian
      • Info Semasa
      • Biasiswa
      • Buat Duit Online
      • Scholarships

    © 2025 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

    This website uses cookies. By continuing to use this website you are giving consent to cookies being used. Visit our Privacy and Cookie Policy.