Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Permohonan Latihan Separa Perubatan kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Latihan Separa Perubatan hari ini.
Program Latihan Separa Perubatan merupakan satu program yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk warganegara Malaysia terutamanya kepada lepasan SPM di seluruh negeri. Terdapat sekitar 1525 kekosongan terbuka yang disediakan untuk lepasan SPM yang berumur dalam lingkungan 17-25 Tahun dan dijamin posisi kerja dalam kerajaan.
Salah satu kelebihan sepanjang program pengajian ini, pelatih akan diberikan elaun sara diri dan penginapan pelatih juga turut disediakan. Selain daripada itu, tempat pekerjaan juga sudah tersedia untuk pelatih. Sebaik sahaja pelatih berjaya menamatkan latihan pengajian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menempatkan anda di hospital-hospital kerajaan untuk bekerja. Melalui program latihan separa perubatan sebarang pembayaran yuran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini juga tidak akan dikenakan ke atas anda.
Nama program: Latihan Separa Perubatan
Jantina calon: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jumlah Kekosongan Latihan bertaraf Sijil: 126
Jumlah Kekosongan Latihan bertaraf Diploma: 1,399
Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang berpeluang untuk anda perolehi dengan menyertai program latihan separa perubatan sesi 2019 ini. Kepada anda yang berminat, tanpa berlengah anda boleh terus sertai dengan membuat permohonan dengan segera hari ini juga. Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami kongsikan di bahagian bawah artikel ini.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Program Latihan Separa Perubatan dibahagikan kepada 2 taraf, Sijil dan Diploma. Setiap taraf memiliki syarat tersendiri yang perlu dipenuhi dan diteliti tanpa kecuali oleh setiap pemohon sebelum melakukan permohonan. Syarat kelayakan yang diambil kira dalam program latihan separa perubatan 2019 adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan
- Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pemohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
Terdapat lebih daripada 10 senarai jawatan bagi latihan separa perubatan bertaraf sijil dan diploma yang ditawarkan. Calon boleh memilih mana-mana latihan yang diminati.
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Fisioterapi
- Latihan Jururawat
- Latihan Juruterapi Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
KAEDAH PERMOHONAN
Kepada anda yang berminat untuk memohon Latihan Separa Perubatan, sila ikuti langkah-langkah berikut.
1. Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Calon calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.
2. Masukkan ID dan kata laluan anda
3. Jika anda belum mempunyai akaun, sila daftar ID dan kata laluan anda.
4. Setelah log masuk, pilih ‘Borang Permohonan Pekerjaan’.
5. Isi borang tersebut dengan lengkap dan tepat. (Letakkan Separa Perubatan pada jawatan dipilih)
6. Tekan butang ‘simpan’.
Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 6 Februari 2019 (Rabu) jam 11.59 malam.
Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
PAUTAN RASMI PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2019