Permohonan Baru i-Sinar – Info penting Permohonan Baru i-Sinar. Perhatian kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, anda kini boleh membuat permohonan baharu bermula hari ini.
Sumber menerusi Facebook rasmi KWSP menyatakan bahawa kemas kini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, melakukan pembetulan.
Sekiranya ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online.
Ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.
Tetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan.
Permohonan Baru i-Sinar
Permohonan baru kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dibuka pada 8 Mac lalu.
Antara kriteria yang ditetapkan adalah dibuka semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka.
Perkara itu katanya termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
“Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
“Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online,” jelas KWSP lagi.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000. - Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.
Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Bagi permohonan baru, berikut merupakan cara-cara untuk memohon :