Program Subsidi Car Seat dari BMW Malaysia – Ibu bapa boleh beli Carseat dengan harga RM100 di bawah program subsidi dari BMW.
Bermula bulan Januari tahun 2020, undang-undang penggunaan kerusi kanak-kanak atau carseat akan dikuatkuasakan dan adalah diwajibkan kepada semua kenderaan milik pensendirian. Jadi kepada ibu bapa yang mempuyai anak kecil, ianya menjadi antara keperluan yang harus diutamakan. Terdapat pelbagai maklum balas mengenai penggunaan carseat ini samada pro dan kontra, namun kebanyakan isunya adalah mengenai harga carseat yang kebanyakannya mahal. Namun jika difikirkan lebih jauh, pembelian carseat ini adalah sekali sahaja dan ianya boleh diguna semula untuk anak-anak kecil yang lain.
Walaupun begitu, bagaimana pula dengan keluarga yang memiliki anak yang ramai? Maka, bagi mengatasi atau mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kerusi keselamatan, pihak BMW Malaysia ada menawarkan sebuah program kerusi keselamatan bersubsidi. Melalui program ini anda boleh mendapatkan carseat yang bukan sahaja selamat dan mengikut piawaian bahkan harganya adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Dalam edisi kelima Program BMW Safety 360°, BMW Malaysia telah bekerjasama dengan Safe’ n Sound dan Childline Foundation untuk memperkenalkan ‘Dari Hari Pertama’, sebuah kempen yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutamanya bagi bayi baru lahir.
Dengan adanya program subsidi ini ianya berharap akan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak apabila undang-undang ini dikuatkuasa.
PROGRAM SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN BMW MALAYSIA RM100
Di bawah program subsidi ini, sebanyak 150 unit kerusi keselamatan kanak-kanak berjenama snskidz Ace akan disubsidi dan dijual pada harga RM100 seunit.
Buat pengentahuan anda, kerusi keselamatan kanak-kanak jenama ini dijual dengan harga pasaran bernilai RM199 dan ianya boleh digunakan oleh bayi baru lahir sehingga berat mencecah 13kg dengan keadaan menghadap belakang dan mempunyai piawaian ECE R44-04.
SYARAT & KELAYAKAN
Kepada ibu bapa yang ingin memohon program subsidi ini, anda perlu memenuhi krateria di bawah:
- Penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
- Bakal ibu bapa yang akan menimang cahaya mata ATAU
- Keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi 13kg, DAN
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
CARA MEMOHON SUBSIDI CARSEAT BMW
- Isi Borang – Sila lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi melalui pautan di bawah.
- Terima E-mel Pengesahan – 150 orang penerima kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi yang terpilih akan menerima e-mel pengesahan.
- Bayar & Ambil – Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe’n Sound di Glenmarie, Shah Alam. Penerima perlu membawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.
- Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima.
- Hanya satu penyertaan setiap keluarga – penyertaan secara pukal tidak akan diterima
Keluarga yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat untuk pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak baru mereka.
Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.
PAUTAN PERMOHONAN SUBSIDI CARSEAT BMW RM100