MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan
No Result
View All Result
MOHON.CO
No Result
View All Result
Home Bantuan Kewangan

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Admin by Admin
January 9, 2021
in Bantuan Kewangan
2 min read
0
bantuan ibu bersalin bib
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) – Pemberian Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450 oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KKWPK) kini dibuka untuk permohonan.

Berita baik kepada bakal ibu dan ibu bersalin, satu program yang dinamakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dibangunkan bagi menyalurkan bantuan sebanyak RM450 khas kepada setiap ibu yang melahirkan anak berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Pihak Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KKWPK) menggalas tanggungjawab bagi menguruskan Bantuan BIB seperti yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak 2020 pada 4 November 2019 yang lalu.

Dengan bantuan tersebut, ia boleh digunakan samada untuk membeli barangan persediaan untuk menyambut kelahiran cahaya mata dan menyediakan barangan untuk berpantang kepada ibu. Bantuan ini adalah bertepatan dengan sasaran untuk meringankan beban keluarga yang bakal menerima cahaya mata.


SYARAT PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Berikut disenaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda menerima bantuan ini:

1) Pemohon hendaklah seorang Warganegara Malaysia;
2) Ibu merupakan pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
3) Melahirkan bayi di dalam atau di luar negeri Sarawak; dan
4) Pendaftaran boleh mula dilakukan apabila usia kandungan mencecah 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

BACA JUGA: Bantuan Persekolahan RM400

DOKUMEN PENTING

Permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

1) Salinan kad pengenalan Ibu;
2) Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga;
3) Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
4) Salinan buku rekod kesihatan ibu;
5) Salinan buku akaun/penyata akaun; dan
6) Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi;

"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."


CARA MEMOHON BANTUAN IBU BERSALIN

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

1) Secara Online melalui pautan ini (http://bit.do/permohonanbib) atau
2) Secara manual melalui Borang Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

1) Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau
2) Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

1) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Sekiranya butiran permohonan adalah TIDAK LENGKAP, dokumen TIDAK JELAS atau memohon berbanyak kali, KWKPK berhak menolak permohonan anda tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

SEMAKAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami melalui:
1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat);
2) Facebook: https://www.facebook.com/iSarawakCare atau
3) E-mel: [email protected]


Sertai Telegram Rasmi
Previous Post

Cara Tukar Jumlah Pengeluaran i-Sinar Guna i-Akaun KWSP

Next Post

Puncak Niaga Holdings Berhad

Admin

Admin

Admin di laman Mohon.co berperanan mengumpul maklumat kerjaya jawatan kosong terkini dan bantuan kewangan di Malaysia. Info kerjaya merangkumi kerja kosong sektor kerajaan mahupun kerjaya swasta di seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan secara online di laman ini.

Next Post
puncak niaga holdings berhad

Puncak Niaga Holdings Berhad

bantuan khas sarawak ku sayang bkss 5.0

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0

majlis daerah kuala selangor mdks

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Iklan Jawatan Kosong


  • About
  • Cookie Policy
  • Disclaimer
  • DMCA
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • V2

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan

No Result
View All Result
  • Jawatan Kosong
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Perak
    • Selangor
    • KL
    • N. Sembilan
    • Melaka
    • Johor
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Sabah
    • Sarawak
  • Pendidikan
  • Bantuan Kewangan

© 2022 Mohon.Co - Laman Jawatan Kosong Online, Bantuan Kewangan dan Pendidikan