Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online
Berita baik kepada Ibu Tunggal, atas keperihatinan Kerajaan Malaysia pada keperluan rakyat, satu bantuan khas terbaru diumumkan kepada golongan ibu tunggal.
Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online merupakan salah satu insiatif baru kerajaan bagi membantu ibu tunggal yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
Bantuan adalah berbentuk “one-off” atau sekali bayaran berjumlah RM300 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha. Bantuan ini diberikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ramai dikalangan rakyat Malaysia termasuk golongan ibu tunggal terkesan dan kehilangan sumber pendapatan.
Program bantuan ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain daripada bantuan one off ini, terdapat juga beberapa jenis bantuan lain yang disalurkan secara bulanan seperti Bantuan Am, Bantuan Orang Tua dan sebagainya.
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 7 Jun 2020 menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, maka pihak Jabatan Pembangunan Wanita telah mengemaskini kenyataan mengenai pemaklumat cara permohonan bantuan khas ibu tunggal melalui laman sesawang rasmi JPW.
Di bawah merupakan cara permohonan bantuan khas ibu tunggal yang dimaksudkan bagi setiap negeri.
TARIKH BERKAITAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
- Tarikh permohonan dibuka: Telah dibuka
- Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2020
- Bayaran BKIT: Mulai bulan Julai hingga November 2020.
KAEDAH PENYALURAN BKIT
Bantuan yang diberikan adalah mengikut data daripada pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Kepada ibu tunggal yang belum mendaftar dan bukan penerima bantuan JKM sebelum ini, anda boleh mengemukakan permohonan BKIT secara atas talian atau manual.
SYARAT KELAYAKAN BKIT
Berikut adalah senarai kriteria kategori ibu tunggal menurut JPW yang perlu dipenuhi bagi melayakkan golongan ini menerima bantuan BKIT:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap (tinggal) di Malaysia
- Wanita yang menjadi Ketua Isi RUmah seperti definisi ibu tunggal (rujuk di bawah)
- Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) iaitu RM960 atau perkapita RM244
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
CARA MEMOHON BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara online mahupun manual
Permohonan Secara Manual
Anda boleh melakukan permohonan secara manual di lokasi/tempat yang dinyatakan seperti berikut:
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN
- Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi Pemohon Sabah)
- Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi Pemohon di Sarawak)
Permohonan Secara Atas Talian
Anda juga boleh melakukan permohonan secara online melalui Portal Rasmi JPW dengan mengikuti langkah di bawah:
- Isi borang permohonan secara online yang disediakan mengikut negeri pemohon
- Pemohon perlu memastikan telah log masuk ke akaun Gmail (emel Google) untuk tujuan membolehkan anada mengisi borang permohonan secara online
Nota: Kepada mereka yang tidak mempunyao akaun Gmail boleh mendaftar melalui pautan ini: Gmail
Pautan Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)
Di bawah adalah senarai pautan untuk permohonan BKIT bagi setiap negeri. Pemohon perlu pilih dan klik pautan negeri masing-masing untuk memulakan proses permohonan:
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- WP Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Sarawak
- Sabah
Sekiranya anda tidak dapat mengakses borang melalui pautan bagi negeri tertentu di atas, sila rujuk pautan di bawah dan klik negeri pemohon:
Pautan Permohonan BKIT Online Mengikut Negeri
DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
Setiap pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang disenaraikan di bawah dalam permohonan:
Dokumen Mandatori Yang Telah Disahkan
- Salinan MyKad (Kad Pengenalan)
- Salinan Penyata Akaun tahun semasa
- Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid /MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN
- Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada penghulu / majikan)
Dokumen Sokongan
- Surat Akuan Doktor (sekiranya berkenaan)
- Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)
Definisi Ibu Tunggal
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020) terbitan KPWKM, ibu tunggal boleh didefinisikan seperti berikut:
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR), bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) serta mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR), tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Baca juga: Bantuan Ibu Tunggal KPWKM
Kepada rakyat Malaysia yang berstatus ibu tunggal, anda digalakkan untuk melakukan pendaftaran bagi membolehkan untuk menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun peringkat negeri. Antara bantuan berikut seperti:
Bantuan Bulanan
- Bantuan Am
- Bantuan Orang Tua (RM300 / sebulan)
- Bantuan Kanak-kanak (RM100 / sebulan)
- Bantuan Anak Pelihara
- Elaun Pekerja Cacat
Bantuan Sekaligus
- Geran Pelancaran (Bantuan modal perniagaan)
- Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
- Bantuan Sekolah (jika masih mempunyai anak-anak yang bersekolah)
- Bantuan Alat Tiruan / Sokongan
MAKLUMAT LANJUT INFO BKIT
Sebarang pertanyaan lanjut atau soalan berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal, anda boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi talian bantuan seperti berikut:
- Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
- Facebook Rasmi JPW
- Telefon : 03-83231000