i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 – Permohonan i-Sinar i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat perlaksanaan PKP/PKPN disebabkan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Pada 2 Disember 2020, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat kenyataan media dan mengumumkan beberapa kriteria penting dan butiran-butiran mengenai kemudiahan i-Sinar yang dibuka kepada 8 juta ahli KWSP yang memenuhi kelayakan.
KATEGORI 1
Ahli KWSP yang layak termasuklah dikalangan mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
- Ahli yang tiada caruman denqan KWSP sekurang-kuranqnva selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan, ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan;
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
BACA JUGA: i-Lestari KWSP
KATEGORI 2
Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KINSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan I atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021
"Nak dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke Telefon Pintar anda? Sertai Telegram ~> Job Malaysia sekarang."
Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diben
Jumlah kelayakan i-Sinar
Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Bagi memastikan proses permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 lancar, setiap ahli diminta untuk mendaftar terlebih dahulu di i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit terkini untuk menerima Transaction Authorisation Code atau nombor TAC di kios atau kaunter KWSP yang ditetapkan, dan dalam masa yang sama hendaklah memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.
UPDATE: Permohonan i-Sinar kategori 1 mula hari ini (21 Disember 2020). Permohonan kategori 2 hanya bermula 11 Januari 2021.
INFOGRAFIK I-SINAR KWSP PENGELUARAN AKAUN 1
mengapa nak kena ke kios atau pejabat kwsp untuk urusan i-sinar sedangkan info dlm i-lestari sudah pun ada….
Mcmana nk buat janji temu UTK buat ia buat i sinar..i Lestari pun ..saya belum pernah buat sebelum ni
Acc KWSP Sya sudah terlalu lama tidak aktif.disebabkan Sya menceburi tentera.skrg sudah hampir 3 saya bersara.sya tidak mempunyai pekerjaan tetap.saya berharap KWSP dpt meluluskan permohonan saya
Nak semak DUIT KWSP